Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tetap;

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit sebalik bukit, Buat tetap pagar anak; Cari tenggek sapu tangan batik, Cari janda belum beranak.
Kurik Kundi Merah SagaRaja Sultan bersarung kuda, Buku siap bermain kilarnak; Anjung yang tetap menjadi legar, Dipandang laut berombak tidak.
Kurik Kundi Merah SagaSatu tiga golongan di dahi, Bertambah pula sojen di pipi; Kamilah tetap diam di sini, Kami tak dapat menahan pergi.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Lengging membuat rakit, Rakit dibuat kayu nyatuh; Biarlah anjing menyalak bukit, Bukit tetap tidakkan runtuh.
Kurik Kundi Merah SagaDari Parit ke Tanjung Piandang, Singgah sekejap membeli roti; Bila sudah wajah terpandang, Tetap tersimpan di lubuk hati.
Kurik Kundi Merah SagaTimur mari selatan mari, Jangan sahaja Barat Laut; Tidur mari sebantal mari, Kencang pinggang tetap dipaut.
Kurik Kundi Merah SagaNanas halwa pisang salai, Hidangan kali pertama dara; Hasrat kecewa cinta terkulai, Ingatan mesra tetap ada.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pungguk burung dewata, Hinggap mari di ranting mati; Sungguhpun duduk jauh di mata, Kasih tetap di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh harum melati di taman, Ditiup angin jatuh ke riba; Biar hilang nyawa dan badan, Namun cinta tetap tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh harum melati di taman, Ditiup angin jatuh ke riba; Biar hilang nyawa dan badan, Namun cinta tetap tak lupa.

Kembali ke atas