Kurik Kundi Merah Saga | Apa disesal kayu berdiri, Tiada rebah tiada berguna; Apa disesal semahu diri, Sial tuah sial hujungnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak makan pinang tiada, Pinang ada di atas meja; Ke sana tiada di sini tiada, Baru kutahu hatiku hampa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tiada kerana bulan, Tiada bintang terbit pagi; Kalau tidak kerana tuan, Tidak saya jadi begini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tiada kerana bulan, Tiada bintang terbit pagi; Kalau tidak kerana tuan, Tidak saya jadi begini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Intan dingin isinya dingin, Dingin tidak berbau lagi; Puan ingin tiada ingin, Ingin tiada baharu lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak kumbang terayap-rayap, Ditangkap oleh anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak kumbang terayap-rayap, Mari ditangkap anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau bulan tiada bercahaya, Pasang pelita di hujung titi; Kalau tuan tiada percaya, Belah dada lihatlah hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau bulan tiada bercahaya, Pasang pelita di hujung titi; Kalau tuan tiada percaya, Belah dada lihatlah hati. |