Kurik Kundi Merah Saga | Orang ceti menyembah berhala, Di dalam kuil tiada yang lain; Kutu mati di atas kepala, Tuma mati di tepi kain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lipat baju lipatnya kain, Bawa belayar tanah seberang; Hati tiada pada yang lain, Hati ingat tuan seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan tanpa cahaya, Raja Mesir bertenun kain; Tuan kupandang tanpa cahaya, Kalau tiada cinta yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Melaka, Hendak membeli sehelai kain; Kepada abang hati cinta, Hati tiada pada yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Melaka, Hendak membeli sehelai kain; Kepada abang hati cinta, Hati tiada pada yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan puan ke Kota Batu, Air serbat tapis di kain; Jangan tuan kata begitu, Haram tiada pada yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Minuman meminta bunuh, Memintanya bebas dengan juak kain; Jikalaunya tuan benar sungguh, Haram tiada cinta ke lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Turun mandi Kuala Kemaman, Rama-rama di punca kain; Sudahlah tiada janji berteman, Sama-sama mencari lain. |