| Kurik Kundi Merah Saga | Sayang-sayang buah kepayang, Masak sebiji di hujung dahan; Hatiku rindu tidak tertahan, Tak pandang sehari rasa sebulan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sayang-sayang buah kepayang, Masak sebiji di hujung dahan; Hatiku rindu tidak tertahan, Tak pandang sehari rasa sebulan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sekah-sekah dahan rotan, Dipukul ribut senjakala; Saya tidak menaruh intan, Tembaga buruk pada saya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut rakit dahan rembia, Terdampar di pantai dimakan buaya; Hitam sedikit tidak mengapa, Asallah boleh membawa kerja. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Burung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Petir guruh berselang-selang, Kilat menyambar si dahan jati; Cantik sungguh tuan dipandang, Tidak tertahan asyik di hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Burung nuri terbang melayang, Hinggap mari di celah dahan; Walau nasi sudah terhidang, Tidak disuap masakan makan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina menanam tebu, Tanam mari bertapak-tapak; Sungguh kecil dahan jambu, Melentur ada patah tidak. |