Kurik Kundi Merah Saga | Tidak dapat direnang-renang, Air di laut datang dan hilang; Tidak dapat dikenang-kenang, Airlah mata jatuh berlinang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tidak dapat dikenang-kenang, Kalau dikenang mabuk kepayang; Jangan disangka airnya tenang, Tempat di situ buaya berenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Betik manis buah papaya, Manis tidak dapat kulupa; Riuh rendah sorak ketawa, Saya seorang berdukacita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul empat pukul lima, Pukul enam hari siang; Tidak dapat macam selama, Biar menjadi debu melayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam pinang rapat-rapat, Senang puyuh berlari; Sudah pinang tidak dapat, Pujuk-pujuk bawa lari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi hari mandi di perigi, Mandi di sana banyak juga; Kalau tidak dapat tahun ini, Tahun depan kuambil juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Ali memakai terendak, Terendak dipakai di tengah hari; Kalau hati sudah berkehendak, Tidak dapat ditukar ganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina membawa kereta, Hendak melawat ke luar negeri; Sudah lama aku bercinta, Jodoh tidak dapat ditukar ganti. |