Kurik Kundi Merah Saga | Ular lidi turun bertapa, Mari bertapa di kelopak kayu; Tidak menjadi tidak mengapa, Jangan saya diberi malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ular lidi lepas bertapa, Bertapa mari di bukulah kayu; Tidak jadi tidak mengapa, Jangan adinda mengasi ku malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raut-raut bemban kuraut, Kurautan dimuntung halu; Sahut pantunku sahut, Kalau tidak kubagi malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buaya putih buaya keramat, Mari tentang lubuk batu; Abang putih melawa sangat, Saya tidak memberi malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika tuan pergi ke hulu, Singgah sebentar ke Batu Kitang; Fasal saja mengenang malu, Kalau tidak kulangkah tebing. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang molek menggoreng telur, Sudah digoreng dalam kuali; Jika malu jangan undur, Saya tidak mungkir janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anjunglah Siam patah kemudi, Ambil paku lantak di papan; Diamlah diam tidak berbunyi, Lupalah malu bertepuk sopan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kata cik tuan berakit buluh, Biar saya berakit laju; Kalau abang tidak bersungguh, Saya juga berasa malu. |