Kurik Kundi Merah Saga | Banyak nyamuk Kuala Gaung, Nyamuk tidak takut api; Banyak dosa saya tanggung, Sedikit tidak takut mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Basikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lancang tenggelam kita berenang, Sampai ke tepi terkena duri; Boleh abang masuk meminang, Takut ayah tidak memberi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dekut hutan Merlimau, Jumpa landak meniti batang; Kalau takut makan rimau, Tidak saya berjalan seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak pipit kembang ekor, Orang memanah padang seberang; Adik tidak beralih tidur, Takut dimarah oleh abang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baiklah baik berjalan-jalan, Kalau takut bawalah teman; Alangkah merpati berpasang-pasangan, Mengapa orang tidak berkawan. |