Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Terbang burung di balik awan,
     Di pohon keduduk tempat berhenti;
Tidak tertahan menanggung badan,
     Dari hidup biar kumati.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bersawah sepiring tidak,
     'kan tempat sepasin bertanya.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat. sepasin = binatang yang akan menjadi sepatung.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLabuan tidak berbukit, Tempat menjemur buah pala; Maaf tuan bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala.
Kurik Kundi Merah SagaTerbang burung di balik awan, Di pohon keduduk tempat berhenti; Tidak tertahan menanggung badan, Dari hidup biar kumati.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan dipancar cahaya, Budak-budak ramai bermain; Kanda kupandang nampak cahaya, Hatiku tidak ke tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Sayu hati memandang tempat, Hati rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tiung terlompat-lompat, Minum air dalam cerana; Hendak cium tidak bertempat, Ada tempat orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Santubong ke Teluk Tambak, Tempatlah budak berjalan kaki; Hidung mancung bersenyum tidak, Di situ tempat gilaku mati.
Kurik Kundi Merah SagaTidak dapat dikenang-kenang, Kalau dikenang mabuk kepayang; Jangan disangka airnya tenang, Tempat di situ buaya berenang.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi-tinggi Bukit Kuantan, Tempat menjemur biji kundur; Abang pergi tidak makan, Adik di rumah haram tak tidur.
Kurik Kundi Merah SagaSipitang batu keramat, Tempat orang menjemur padi; Langit bergulung tanda kiamat, Kami tidak mungkirkan janji.
Kurik Kundi Merah SagaSipitang batu keramat, Tempat orang menjemur padi; Langit bergulung tanda kiamat, Kami tidak mungkirkan janji.
12

Kembali ke atas