Kurik Kundi Merah Saga | Sakit kaki tikam selumbar, Selumbar ada di kaki Wan; Sakit hati rasa nak khabar, Kalau khabar malulah kawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menyabung di balik teluk, Kena tikam habis berlubang; Ayam terkepung di pagar buruk, Terkam musang lalu terbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Alor Sena Alor Lancang, Terpijak kaca tikam kaki; Apa guna sanggul lintang, Sanggul cacakan elok lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pintu kota gantunglah jam, Kayu bernama si kayu jati; Kalau senjata kurang tajam, Sekali tikam haram tak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang memburu seberang sana, Dapat seekor landak betina; Senjata buruk besi dah lama, Mana tikam susah nak kena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak raja berkirim surat, Dari timur sampai ke barat; Senjata lama dah dimakan karat, Mana tikam susah nak lekat. |