Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
timba (kata nama)
Bersinonim dengan baldi, cebok, gayung, sibur, takir, limas, ember;,
Kata Terbitan : menimba,

Puisi
 

Pergi ke perigi mengambil timba,
     Timba terletak tepi halaman;
Walaupun banyak kembang di rimba,
     Mawar di jambangan jadi idaman.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Dilelar timba ke perigi;
     tak sekali,
sekali pecah juga.

Bermaksud :

Sesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya. lelar = berulang-ulang.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTimba-timba dicebok jangan, Takut dapat puyu saja; Gila-gila mabuk jangan, Takut dapat malu sahaja.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke perigi mengambil timba, Timba terletak tepi halaman; Walaupun banyak kembang di rimba, Mawar di jambangan jadi idaman.
Kurik Kundi Merah SagaCukup panjang tali timba, Susah diukur susah didepa; Ulat bergulung di hutan rimba, Rezeki nak putus dari saya.
Kurik Kundi Merah SagaBuah kuini di dalam timba, Hendak dibawa ke rumah Cik Kasa; Jalan mati lagi dicuba, Inikan pula jalan biasa.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan mandi telaga, Timba air dalamlah pasu; Pandailah sungguh adik meneka, Yang paling tinggi ialah nafsu.
Kurik Kundi Merah SagaBeli atap bawa balik, Ambil timba menuju perigi; Semakin ditatap semakin molek, Termenung hamba menggigit jari.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu sarat muat pinang, Jangan lenggang timba lagi; Saya jahat jangan dikenang, Orang lain banyak lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melur bunga inai, Biji selasih di dalam timba; Seberang alur seberang sungai, Kerana kasih kuturut juga.
Kurik Kundi Merah SagaPadi malar cero tak putih, Rambutan gading di dalam timba; Hati mana saya tak sedih, Buatan tuan di hadapan saya.

Kembali ke atas