Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata timur

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan diajak darat laut;
Hidup kita bersama mati,
     Bersama ajal dan maut.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Laksana pencalang tersarat,
     tiada ke timur tiada ke barat.

Bermaksud :

Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja. pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTimur mari selatan mari, Jangan sahaja Barat Laut; Tidur mari sebantal mari, Kencang pinggang tetap dipaut.
Kurik Kundi Merah SagaTimur mari selatan mari, Jangan diajak darat laut; Hidup kita bersama mati, Bersama ajal dan maut.
Kurik Kundi Merah SagaAngin timur gelombang barat, Angin merebah buah pedada; Seorang di timur seorang di barat, Rasa pecah dalam dada.
Kurik Kundi Merah SagaAngin barat gelombang timur, Ombak memecah di atas tangga; Tuan di barat kami di timur, Panas bersama datang menganga.
Kurik Kundi Merah SagaBintang di timur cuaca baik, Cahayanya sampai ke hutan seberang; Mulut manis hatinya baik, Itulah budi dikenang orang.
Kurik Kundi Merah SagaKencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang.
Kurik Kundi Merah SagaKencang-kencang angin ke Timur, Hendak belayar ke Benua Jawa; Dipanjangkan Allah apa ke umur, Hendak membeli gambar bernyawa.
Kurik Kundi Merah SagaRumput tinggi tepi hutan, Bintang timur tinggi melambung; Minta rezeki besar lautan, Minta umur tinggi gunung.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja berkirim surat, Dari timur sampai ke barat; Senjata lama dah dimakan karat, Mana tikam susah nak lekat.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik baru dijemur, Jemur mari tengah kolam; Sungguh cantik bintang timur, Bintang tak boleh terangkan alam.
12

Kembali ke atas