Kurik Kundi Merah Saga | Jaik hati mengail keli, Keli dikail di bawah batang; Jaik hati mengenang diri, Diri dikenang si anak dagang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi-tinggi Bukit Seligi, Tempat orang memacu kuda; Satu hari sedarkan diri, Takut gunung menjadi paya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melur setangkai diri, Anak udang dari Patani; Tidur malam seorang diri, Aku tak tahu selama ini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasang ombak di laut tinggi, Gelombang macam di Tanjung Puri; Jika abang berjiwa tinggi, Jika sungguh menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gantung kelambu tinggi berdiri, Tempat gajah melonggok tulang; Adik takut undurlah diri, Biarlah saya mati seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rendah geroda menggaris awan, Turun ke laut menyelam diri; Seksa sangat hajat tuan, Macam kudaki gunung yang tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laksamana Bentan datang menyembah, Merendah diri walaupun gagah; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Harap kami ke pasar sayur, Kelebihan diri apalah dia; Abang rindu saya tak tidur, Kasih rindu saya tak rela. |