Kurik Kundi Merah Saga | Orang Melaka membuat titi, Titi dibuat papan melintang; Alangkah gembiranya rasa di hati, Menengok abangku sudah pun datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ular di titi di kodak, Titi mari pandan berduri; Bunga tinggi penjolok buntak, Kalau sudi jatuh sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pudak di titi pandai berduri, Dibawa oleh raja Melayu; Manakan bunga jatuh sendiri, Jikalau tangkainya tiada layu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ke titi dari seberang, Batang mancis membakar badan; Alak hati siapa kian melarang, Siapatah kian dapat menahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ke titi dari seberang, Batang mancis membakar badan; Alak hati siapa kian melarang, Siapatah kian dapat menahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil perpat buatkan titi, Ambil kapak belahkan kundur; Berempat engkau menanti, Setapak haram aku tak undur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak musang jalan meniti, Titi mari atas pagar; Tuan helang saya rajawali, Sama-sama mari menyambar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selasih hidup di bawah titi, Makan bersama buah papaya; Kasih datuk tersalah beri, Orang tidak menimbang rasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selasih hidup di bawah titi, Makan bersama buah papaya; Kasih datuk tersalah beri, Orang tidak menimbang rasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung di atas titi, Ditiup angin ke barat daya; Di mana tempat tuan menanti, Boleh tuan ceritakan saya. |