Kurik Kundi Merah Saga | Dari dahulu cermin cina, Sampai sekarang patah kakinya; Dari dahulu tuan punya, Sampai sekarang lain gantinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Cina pergi ke China, Datang ke China berdagang babi; Tuan punya saya pun punya, Sekerat seorang kita berbahagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina pulang ke China, Datang ke China memakan babi; Tuan punya saya pun punya, Sedikit seorang kita berbahagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina pulang ke China, Hendak ke China memakan babi; Tuan punya saya pun punya, Sekeras-keras masih di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang keduduk balik rumah, Akar menyorok tiang seri; Tuan duduk tuan punya rumah, Kami nak pulang minta diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari dahulu cermin cina, Sudah sekarang patah gantinya; Dari dahulu kami yang punya, Sudah sekarang tuan yang punya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan tepi berkilat, Cicir di jalan siapa punya; Hajat hamba mengirim surat, Adakah tuan sudi membalasnya? |