Kurik Kundi Merah Saga | Sayang lipan dua tubuhnya, Sayang ramuning lebat bunganya; Sungguh hitam tegap tubuhnya, Putih kuning apa gunanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ramuning di muka laut, Sayang rambutan di dalam puan; Tubuhnya kuning bagai diraut, Kerana sayang denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengetam padi tengah hari, Padi habis dimakan helang; Pingganglah ramping tubuhnya tinggi, Jiwalah abang berasa melayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putih kuning di pokok sungkai, Jatuh sehelai melerang busut; Putih kuning tubuhnya lengkai, Rambut sehelai haram tak kusut. |