Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tunggul (kata nama)
1. Bersinonim dengan tunggak: pangkal pokok

2. Bersinonim dengan penunggu: pancang, tunggak.,


Puisi
 

Ambil parang galikan tunggul,
     Tunggul ada berikat tali;
Matahari masuk bulan pun timbul,
     Cahaya bintang tak guna lagi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tunggul kayu kalau ditarah pelicin,
     diikut juga,
jangankan manusia.

Bermaksud :

Pengajaran yang baik lambat-laun dapat juga memperbaiki orang.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAmbil parang cangkulkan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Rakyat kurang senjata tumpul, Rakyat di kota separuh mati.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil parang galikan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Matahari masuk bulan pun timbul, Cahaya bintang tak guna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSakit kaki menendang tunggul, Tunggul besar tanah huma; Sakit hati memandang sanggul, Sanggul besar penuh bunga.
Kurik Kundi Merah SagaSakit kaki ditikam tunggul, Tunggul kecil tengah huma; Sakit hati memandang sanggul, Duk gemar pada sekuntum bunga.
Kurik Kundi Merah SagaSirih biak di tunggul buluh, Sirih menjadi sayap rerama; Kasih dibuat tidak bersungguh, Kasih di hati selama-lama.
Kurik Kundi Merah SagaSirih biak di tunggul buluh, Sirih menjadi sayap rerama; Kasih dibuat tidak bersungguh, Kasih di hati selama-lama.
Kurik Kundi Merah SagaPandai burung terbang terus, Mandi di tunggul kolam Kelang; Biar muatan dikongkong arus, Mana timbul kubawa pulang.
Kurik Kundi Merah SagaHujan panas ribut berdengung, Orang menjemur di tunggul mati; Kasih sayang duduk termenung, Apa masyghul dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Milik Padang Jahana, Rama-rama di atas tunggul; Adik balik abang nak tanya, Lama-lama sekali timbul.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Jambu Padang Lengkuas, Anak katak di atas tunggul; Kalau peluk tak jemu pandang tak puas, Lama-lama nanti sekali timbul.
12

Kembali ke atas