Kurik Kundi Merah Saga | Seorang berperang seorang bertombak, Masing-masing tunjukkan jantan; Bukit bertepuk gunung berombak, Datang air jadi sempadan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Memang jala menangkap ikan, Pasir kita tempat bermain; Memang saya nak tunjukkan, Kalau berani mari bermain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cuba-cuba menanam sirih, Cekor ada tumbuh sendiri; Cuba-cuba bertambat kasih, Kalau ada tunjukkan diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok jering baru berbuah, Mari ambil jual di kedai; Selagi ada biring bertuah, Jalak jangan tunjukkan pandai. |