Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menutuh 1. memotong dahan atau cabang kayu, memangkas, mencantas: ia sedang ~ dahan-dahan nangka; 2. sl memecahkan perahu dll utk diambil kayunya: maka apabila sampai ke Siantan, maka kici itu pun ditutuhnya dibuat penjajap perang; 3. bk melakukan sesuatu yg umumnya kurang baik (makan suap dll); 4. bk memukul, menumbuk; rimbun-rimbun ditutuh, semak-semak disiangi prb barang sesuatu hendaklah dijaga baik-baik supaya sentiasa selamat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menutuh memangkas dahan atau cabang kayu: Ia terpaksa ~ dahan-dahan kayu yg menjulai ke jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutuh
Kata Terbitan : menutuh,

Puisi
 

Jangan tutuh keriang dangkal,
     Anak kucing lari balik;
Kalau tuduh jangan menyangkal,
     Cincin di jari pulang balik.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTutuh pelam tutuh keranji, Tutuh sedahan lebat amat; Sebulan boleh dinanti, Setahun lambat sangat.
Kurik Kundi Merah SagaJangan tutuh keriang dangkal, Anak kucing lari balik; Kalau tuduh jangan menyangkal, Cincin di jari pulang balik.
Kurik Kundi Merah SagaLagi ditutuh lagi ditebang, Tutuh sedahan si ampai kain; Tempat jatuh lagi dikenang, Inikan pula tempat bermain.
Kurik Kundi Merah SagaPohon apa abang nak tutuh, Condong di darat limau manis; Budak mana abang nak suruh, Budak bercincin di jari manis.
Kurik Kundi Merah SagaDedap mana saya nak tutuh, Dedap dekat limau manis; Budak mana saya nak suruh, Budak bercincin di jari manis.

Kembali ke atas