Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ubat (kata nama)
Kata Terbitan : berubat, mengubat, mengubati, terubat, ubatan, pengubatan, pengubat,

Puisi
 

Makan tebu buku ditaruh,
     Buat ubat masuk cendawan;
Bukit beradu gunung bertaruh,
     Riuh-rendah mambang di awan.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaGuruh petir penuba limbat, Pandan berjemur di seberang; Dua tiga mencari ubat, Ubat dapat badanlah hilang.
Kurik Kundi Merah SagaMakan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan.
Kurik Kundi Merah SagaBunga Bakawali di Teluk Cengal, Buat ubat seribu guna; Kilat di air sudah kukenal, Yang mana satu jantan betina.
Kurik Kundi Merah SagaApa lauk nasi kurendang, Putik petola dari Patani; Apa ubat hatiku terkenang, Gesek biola tariklah menyanyi.
Kurik Kundi Merah SagaTiga petak tiga penjuru, Anak haruan di Padang Cina; Habis dah ubat habis dah peluru, Barang tembak sedikit pun tak kena.
Kurik Kundi Merah SagaSikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam.
Kurik Kundi Merah SagaIngin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang.
Kurik Kundi Merah SagaGuruh dan petir penuba limbat, Pandan terjemur lindung bayang; Dua tiga mencari ubat, Badan bertemu nan kok senang.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus di tepi tebat, Duduk merana tinggal tulang; Tujuh ratus carikan ubat, Jodoh sampai barulah senang.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih diambil dari barat, Dibawa orang jual ke pekan; Cinta kasih tak ada ubat, Selagi tak jumpa hati tak senang.
123

Kembali ke atas