Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulu

Puisi
 

Pecah tombak Ulu Tembeli,
     Mari letak di tapak tangan;
Dah bertolak saya di sini,
     Tinggal tapak di tengah laman.


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.
Kurik Kundi Merah SagaPecah tombak Ulu Tembeli, Mari letak di tapak tangan; Dah bertolak saya di sini, Tinggal tapak di tengah laman.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut ulu manung, Sudah manung bersalut timah; Lautan dalam ada gunung, Tak kusangka hujan dalam tanah.
Kurik Kundi Merah SagaPutik kaduk Ulu Telemu, Singgah bertemu di Pantai Wali; Saya tak mabuk kerana ilmu, Mabuk saya kerana janji.
Kurik Kundi Merah SagaMakan durian Ulu Kemaman, Bunga kerindu sangkut di dahan; Makan tak sedap tidur tak nyaman, Hatiku rindu manakan tahan.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Kaduk Ulu Telemu, Singgah menanak Batali; Saya tak masuk kerana ilmu, Saya masuk kerana janji.
Kurik Kundi Merah SagaBergiat beguk Ulu Tembeling, Nampak dari Pulau Sari; Adik duduk sanggul melintang, Bagai bunga kembang pagi.
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar di Ulu Langat, Tempat duduk anak Cik Mamat; Kalau betul lemah semangat, Tak boleh bercampur keli bersengat.
Kurik Kundi Merah SagaLemak ketam di Ulu Terengganu, Lagi lemak lagi bertelur; Saya berpesan abang si anu, Saya tiada berteman tidur.
Kurik Kundi Merah SagaKeris panjang mata tirus, Ulu keris nampak bersilang; Serta pasang dengan arus, Bergerak surut pasangnya hilang.
12

Kembali ke atas