Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pangkal pucuk batang pokok palma (kelapa, pinang, dll) yg lembut dan boleh di-makan: mencari ~ utk dimakan; cari ~ kena buku prb mencari yg baik, men-dapat yg buruk; mencari ~ dlm batu prb mem-buat pekerjaan yg sia-sia; mengumbut mencari (mengambil) umbut (drpd pohon kelapa, enau, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata umbut I

Puisi
 

Gulai umbut pucuk paku,
     Nasi terletak di muka pintu;
Lemah lembut puteri Melayu,
     Bijak memasak menjahit baju.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Mencari umbut dalam batu.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencari jejak dalam air, b. Mencari kutu dalam ijuk, c. Mencari penjahit dalam rumput).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaUmbut manis seberang paya, Selasih tepi kain; Mulut manis pada saya, Hati kasih tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaGulai umbut pucuk paku, Nasi terletak di muka pintu; Lemah lembut puteri Melayu, Bijak memasak menjahit baju.
Kurik Kundi Merah SagaCabut ciku tanam halia, Cabutlah serai di umbut manis; Masuk tidur ingatkan dia, Tunduk ke tikar duduk menangis.
Kurik Kundi Merah SagaRiang-riang di Gunung Ledang, Hendaklah makan si umbut padi; Sialah-sia mata memandang, Belum dapat main tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaTerung asam terung berbulu, Mari ambil buat kerabu; Jangan tuan salah keliru, Nak cari umbut terkena buku.

Kembali ke atas