Kurik Kundi Merah Saga | Hari raya sembahyang raya, Raja berangkat dari istana; Dari daya dan upaya, Tiada rotan akar berguna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon betik pohon petola, Dipanggil jua pohon papaya; Adik cantik abang gila, Adik tak mahu apa upaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Perlis pergi ke Kedah, Hendak membeli buah papaya; Jikalau kekasih berpaling tadah, Hendak berbalik tidak upaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut membelah pinang, Parang mengerat pokok papaya; Karam di laut boleh direnang, Karam di darat apa upaya. |