Kurik Kundi Merah Saga | Burung merbuk burung merpati, Terbang berpusing hala bendang; Wajah elok menawan hati, Siang malam hamba terkenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sampan kolek di Pulau Jemaja, Pulau Sibu tempat bayangan; Wajah yang molek ditatap saja, Hati yang satu digadai jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah kemudi di Tanjung Jati, Mata bertentang jantung berdebar; Tersematlah wajah di lubuk hati, Semakin ditentang semakin gementar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Membeli tali pasar Senyawan, Dayang Juita berjalan kaki; Demi kupandang wajah menawan, Manakan ajak apa jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angkatlah dari pasar landih, Membeli tali pasar senyawan; Demi kupandang wajah kekasih, Merosak hati menggugur iman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tak mustahil gembala gajah, Gajah dibawa dua gembala; Dalam air kunampak wajah, Dalam api kupandang muka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gelang intan dalam puan, Gelang emas di kain berlipat; Bila terpandang wajah tuan, Hati berdebar lemah semangat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Parit ke Tanjung Piandang, Singgah sekejap membeli roti; Bila sudah wajah terpandang, Tetap tersimpan di lubuk hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Penatlah saya menanam padi, Sayang keladi dipatah jua; Penatlah saya menahan hati, Wajah tuan terbayang jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah kemudi di Tanjung Jati, Tak tahu haluan ke mana dituju; Tersematlah wajah di lubuk hati, Terjalinlah kasih di lembaran kalbu. |