Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan awan beralih, Anak yatim berkayuh perahu; Lahir kupandang nampak kekasih, Dalam hati siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun pandan mati layu, Boleh ganti bunga kelapa; Abang kata yatim piatu, Boleh cari ibu dan bapa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina pandai berbaju, Sudah berbaju berkancing pula; Alangkah hina yatim piatu, Sudah piatu miskin pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari diikat akar selawar, Daun pandan si mati layu; Adik kata abang yang tawar, Abang dagang yatim piatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan sirih berpinang tiada, Pinang ada di Bukit Batu; Tengok ke kiri ke kanan tiada, Inilah saya yatim piatu. |