Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yu

Puisi
 

Anak yu dua serupa,
     Yu berjumpa dengan sembilang;
Janji dulu adik tak lupa,
     Tunggulah sampai adik pulang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti sekelat muka dua.

Bermaksud :

Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari, b. Talam dua muka). sekelat = kain tenun daripada bulu domba.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaYu-yu kataku tamban, Kalau tamban mana loncatnya? Rindu-rindu kata demam, Kalau demam mana pucatnya?
Kurik Kundi Merah SagaAnak yu dua serupa, Yu berjumpa dengan sembilang; Janji dulu adik tak lupa, Tunggulah sampai adik pulang.
Kurik Kundi Merah SagaYu tangan sapu tangan, Jatuh ke laman berisi bunga; Busuk tangan celaka tangan, Dalam tangan orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak yu karang-karang, Mari karang kepala titi; Sudah berjumpa lawan yang garang, Bertentang mata bergoncang hati.
Kurik Kundi Merah SagaAnak yu mati terlentang, Mati ditikam duri semilang; Pilu hati bukan kepalang, Gunung tinggi menjadi padang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak yu senangin bulan, Bawah bulan pagar jerami; Kalau rindu pandang bulan, Dalam bulan ada kami.
Kurik Kundi Merah SagaAnak yu katakan tamban, Kalau tamban mana loncatnya; Tuan rindu katakan demam, Kalau demam mana pucatnya?
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang mandi buih, Yu mati masuk pukat; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang dapat.
Kurik Kundi Merah SagaCak tulis Kuala Bintang, Pecung yu lubang juga; Kalau tak boleh hingga petang, Orang tidak kenangkan kita.
Kurik Kundi Merah SagaBukit lagi bintang berkarang, Anak yu dua serupa; Adik pergi abang tak larang, Janji dahulu janganlah lupa.
12

Kembali ke atas