Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua.ya] | بوايا

Definisi : 1. sj reptilia besar berkulit tebal, berbadan panjang dan hidup di air: Crocodilus spp.; jenis-jenisnya: ~ katak = ~ tembaga, Crocodilus porosus; ~ jolong-jolong = ~ jenjulung, Tomistoma schlegeli; ~ serunai, Crocodilus siamensis; 2. = ~ darat ki lelaki yg suka menukar-nukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka setelah dinodai; adakah ~ menolak bangkai prb orang yg jahat tidak akan meninggalkan kesempatan utk membuat kejahatan; air tenang, jangan disangka tiada ~ prb orang yg tidak banyak cakap itu, jangan dipermudah (jangan disangka tiada berani dll); bergalah ke hilir tertawa ~, bersuluh di bulan terang tertawa harimau prb perbuatan yg sia-sia itu ditertawakan orang; kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ~, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil-kecil prb kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang besar, jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; tak akan terlawan ~ menyelam air prb tidak mungkin kita melawan orang yg kaya (berkuasa, pandai, dll); tak usah diajar anak ~ berenang, ia sudah pandai juga (sedia) prb tidak usah diajar orang yg sudah tahu; membuaya 1. menyerupai buaya, merangkak, meluncur; 2. berkelakuan spt buaya darat; membuayai 1. menipu, mengakali; 2. menggertak;kebuayaan sifat atau perbuatan buaya darat, sifat suka mempermainkan perempuan: ia hendak mendedahkan ~ pemuda-pemuda kota di dlm novelnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : balak tempat menegakkan tiang perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung raja udang, pekaka, Pelargopsis amauroptera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : beberapa jenis binatang reptilia berkulit keras yg biasanya terdapat di sungai, paya dsb, Crocodilus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buaya

Puisi
 

Menangkap buaya orang Jambi,
     Buaya ditangkap di pintu kuala;
Sudahlah kaya pandai berbudi,
     Bagailah mana hati tak gila.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Video

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kedaidbp.my/cms/articles.php?lng=en&pg=359www.Kedaidbp.my - Siri Sang Kancil - Cerita Sang Kancil Jilid4Kumpulan Cerita Sang Kancil 4 ini mengandungi dua buah cerita yang akan memantapkan minda kanak-kanak dan membuka minda mereka untuk berfikir. Antara cerita yang dimuatkan ialah Sang Kancil Mengalahkan Buaya dan Sang Kancil Mengalahkan Gergasi. Koleksi cerita ini sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Daya tarikan koleksi ini ialah ilustrasi dan animasi yang menarik. Koleksi Cerita Sang untuk kanak-kanak. Permainan-permainan yang disediakan mampu menguji daya kreativiti kanak-kanak. image001.jpg Menu Utama Dalam menu utama anda boleh memilih beberapa siri cerita seperti (Sang Kancil Mengalahkan Buaya, dan Sang Kancil Mengalahkan Gergasi), serta beberapa menu lain seperti Informasi, Pengenalan, Oleh-oleh image007.jpg Snapshot sang kancil " Ya kami mengaku Tapi tolonglah jangan bunuh kami, jangan seksa kami Highlighter.aspx?DocId=66&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksvideo&HitCount=3&hits=1b5+1f9+21c+
http://www.kedaidbp.my/cms/articles.php?lng=en&pg=358www.Kedaidbp.my - Siri Sang Kancil - Cerita Sang Kancil Jilid3arten.xml kancil-3.gif KOD PRODUK : KCSK3 HARGA : RM 25.00 POS EXPRESS : RM 4.00 image048.gif CD interaktif ini mengandungi tiga buah cerita, iaitu Sang Kancil Membilang Buaya, Sang Kancil Menolong Kerbau, dan Sang Kancil Shah Alam di Rimba. CD interaktif ini juga mengandungi informasi berbentuk video yang menerangkan serba ringkas mengenai kancil, gajah, buaya, dan orang utan. Permainan-permainan yang disediakan mampu menguji daya kreativiti kanak-kanak. image001.jpg Halaman Utama Anda boleh pilih menu menarik yang disediakan image003.jpg Snapshot sang kancil "Sang Highlighter.aspx?DocId=65&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksvideo&HitCount=2&hits=1a2+1bd+

Kembali ke atas