Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1 pergi bersama-sama; mengiring; mengekor di belakang: Kalau boleh, saya hendak ~ ayah ke Kuantan. 2 turut berbuat sesuatu; meniru: Apabila dia bertanam sayur di belakang rumahnya, banyak pula jiran yg ~nya. 3 menerima dan menurut sesuatu perintah dll; menerima dan mempercayai sesuatu ajaran dll; mematuhi; menganut: Kita hendaklah ~ nasihat orang tua-tua. Kebanyakan orang Islam di sini ~ mazhab Syafie. 4 berjalan dll dgn menggunakan jalan tertentu; melalui jalan tertentu: Mereka turun ke bandar ~ sungai. 5 menurut; berasaskan: Peta ini dilukis ~ skala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Basikal Jepun basikal joli,
     Dibawa di simpang tiga;
Hendak mengikut tidak berani,
     Takut ditinggal tengah jeraya.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai tekukur mengikut kata.

Bermaksud :

Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Video

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kedaidbp.my/cms/fortopic.php?lng=enwww.Kedaidbp.my - Forum2008 @ 16:31 actif Makluman Makluman tentang produk DBP 0 0 Piagam Forum Terma dan Syarat Berforum Untuk melindungi dan mengekalkan keharmonian di dalam forum, di harap anda dapat mengikut syarat-syarat ini :- 1. Jangan sesekali mendaftar username yang maksudnya ada kaitan dengan seksual, perkauman, politik dan boleh menyinggung sesetengah pihak di dalam forum ini. Jika anda di dapati berbuat smileys. Begitu juga dengan dengan kombinasi sepatah perkataan dan penuh dengan smileys. 7. Jangan membalas topik spam. Topik sebegini akan dipadam. Hukuman :- i) Kepada ahli atau sebarang pos yang tidak mengikut syarat-syarat forum yang ditetapkan, tindakan tegas akan diambil. ii) Username dan alamat IP anda akan disenarai hitamkan jika dirasa perlu. Tolong kekalkan imej forum. Sesetengah pertanyaan mungkin lewat dibalas Highlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksvideo&HitCount=2&hits=1f4+2a9+
http://www.kedaidbp.my/cms/articles.php?lng=en&pg=332www.Kedaidbp.my - Tarian - Dendang Tari Si Manjatarian kanak-kanak ( 2VCD ) yang mengiringi lagu-lagu yang memenangi Pertandingan Mencipta lagu Kanak-kanak 2004. Turut disertakan lirik lagu supaya kanak-kanak dapat menyanyi bersama-sama. kanak-kanak dapat mengikut pergerakan dan langkah tarian melalui VCD tunjuk cara langkah tarian. Klik pada butang play untuk melihat video sample Get FlashPlayer Get FlashPlayer VCD1 - Langkah Tarian VCD2 - Tarian dan lagu Pilihan Highlighter.aspx?DocId=70&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksvideo&HitCount=1&hits=1b1+
http://www.kedaidbp.my/cms/articles.php?lng=en&pg=327www.Kedaidbp.my - Permainan Berinformasi - Rumah KitaMencantum Gambar dan Menembak Belon. Melalui permainan Mencari Objek, kanak-kanak boleh menguji kemampuan mereka mencari benda tersembunyi.Melalui permainan Mari Mewarna, kanak-kanak boleh belajar mewarna kepingan-kepingan gambar mengikut cita rasa ma-sing-masing. Kecekapan kanak-kanak juga akan teruji melalui permainan Mencantum Gambar dan Menembak Belon. CDROM ini juga diselitkan dengan dua buah lagu yang dapat mewujudkan sua Highlighter.aspx?DocId=30&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksvideo&HitCount=1&hits=1f0+

Kembali ke atas