Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Mari kusayur dengan petola,
     Bunga lengkuas berangkai-rangkai;
Kalaulah diulang dari semula,
     Kekasih bertuah tak dapat dipakai.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(8)

489

Promises, like piecrust, are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises, like piecrust, are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Video

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kedaidbp.my/cms/articles.php?lng=en&pg=338www.Kedaidbp.my - Siri Cerita Unggas - Cerita Unggas Jilid5RM 4.00 Terdapat tiga buah cerita menarik di dalam CD-ROM ini. Antaranya ialah Tap Tibau Melabung Tinggi, Kisah Sang Pungguk dan Nuri Bistari. Cerita-cerita rakyat ini diceritakan semula secara interaktif supaya lebih menarik dan sesuai dijadikan tontonan keluarga. Segmen informasi memuatkan video yang menerangkan serba ringkas mengenai pelbagai jenis burung dan unggas. Di samping itu, kanak-kanak dapat Highlighter.aspx?DocId=55&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksvideo&HitCount=1&hits=1b0+
http://www.kedaidbp.my/cms/articles.php?lng=en&pg=293www.Kedaidbp.my - Lagu Kanak Kanak - Lagu Kanak-Kanak Jilid 3kanak-kanak. Lagu Kanak-kanak Jilid 3 1. Sayang Ibu Ayah 2. Rajin Belajar 3. Oh Bulan-Oh Bintang 4. Matahari 5. Mari Membaca 6. Lip Lip lip 7. Kitar Semula 8. Kejiranan Amanalan Mulia 9. Guruku 10. Gigi 11. Bila Bercuti 12. Bersekolah 13. Basikal Baru 14. Baju Baru 15. Amalan Kita 16. Amalan Hidup Kita Pilihan Pembayaran - LKK3 Credit Highlighter.aspx?DocId=20&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksvideo&HitCount=1&hits=212+

Kembali ke atas