clear height | ketinggian lega | Alam Bina | Tiada | Ketinggian yang diukur dari permukaan lantai atau jalan hingga ke paras bawah rasuk tanpa halangan ke permukaan lantai atau jalan. |
brise-soleil | pengadang matahari | Alam Bina | Tiada | Elemen bangunan di sebelah luar dinding untuk mengadang pancaran matahari secara langsung. |
clear storey | cahaya atas | Alam Bina | Tiada | Pembukaan pada dinding bahagian atas bangunan untuk mendapatkan pencahayaan yang lebih pada bahagian dalam. |
capital | kepala tiang | Alam Bina | Tiada | Bahagian atas pada tiang yang direka bentuk. |
broom finish | kemasan penyapu | Alam Bina | Tiada | Kemasan bertekstur yang dihasilkan dengan menggunakan penyapu. |
clearance area | kawasan pugar | Alam Bina | Tiada | Kawasan yang telah dipulihkan, dibersihkan serta disediakan untuk pembangunan. |
capital city | ibu negara | Alam Bina | Tiada | Bandar yang menjadi pusat pentadbiran sesebuah negara. |
brutalism | brutalisme | Alam Bina | Tiada | Ungkapan pendekatan reka bentuk yang menonjolkan kemasan permukaan konkrit yang kasar serta penekanan yang berlebihan kepada penyelesaian pertembungan elemen. |
cleat | tetupai | Alam Bina | Tiada | Kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong, menyambung atau mengukuhkan sambungan. |
car park | medan kereta | Alam Bina | Tiada | Ruang atau tempat meletak kereta sama ada di dalam atau di luar bangunan. |