administrative control mechanisms | mekanisme kawalan pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Susunan atau jalinan cara dan pendekatan yang digunakan oleh organisasi untuk mengukur, mengawas dan memantau pelaksanaan tadbir urus serta perjalanan bidang tugas pentadbiran. Mekanisme kawalan pentadbiran perlu bersifat sistematik dan menyeluruh bagi memastikan segala bidang tugas agar tidak menyimpang dari landasan yang ditetapkan. Terdapat empat langkah utama yang menjadi mekanisme kawalan pentadbiran iaitu; (i) menetapkan piawai prestasi; (ii) mengukur pencapaian dan prestasi; (iii) membuat perbandingan dan mendapatkan maklum balas; dan (iv) mengambil tindakan pembetulan. Di samping itu, terdapat tiga pendekatan kawalan pentadbiran iaitu kawalan awal, kawalan serentak dan kawalan maklum balas. Mekanisme kawalan pentadbiran ini penting bagi memastikan operasi pentadbiran tidak terganggu. |
gingival floor | lantai gingiva | Pergigian | Tiada | Kawasan kaviti di kotak proksimal yang bersebelahan dengan gingiva. Lantai gingiva ini terletak sama ada di atas atau di bawah paras gingiva bergantung kepada keluasan karies. Lantai kaviti adalah baik jika terletak di supragingiva kerana ini akan mengurangkan iritasi pada tisu gingiva. Jika lantai kaviti berada di paras subgingiva permukaan restorasi harus digilap supaya licin agar ia tidak menjadi punca iritasi kepada tisu gingiva. Lantai gingiva akan bertemu dengan lantai oklusi jika terdapat karies yang dalam di oklusi. Lantai gingiva terdapat dalam kaviti kelas II, III atau V. |
user documentation | dokumentasi pengguna | Teknologi Maklumat | Perisian | Dokumentasi yang memberi penerangan mengenai setiap ciri dan tujuan setiap fungsi atau atur cara dalam perisian yang dibekalkan. Dokumentasi ini dapat membantu pengguna memahami cara untuk menggunakan perisian yang disertakan dengan lebih sempurna dan berkesan. Terdapat juga dokumentasi pengguna yang memberi maklumat cara menyelesaikan masalah sekiranya terdapat kesalahan atau ketidakfungsian perisian yang digunakan. Dokumentasi ini biasanya disusun dengan sempurna mengikut indeks yang diberi agar pengguna dapat merujuk sebarang maklumat yang dikehendaki dengan mudah. Beberapa pendekatan yang kerap digunakan dalam penyediaan dokumentasi ini adalah seperti yang berikut: i) Pendekatan tutorial, iaitu pendekatan langkah demi langkah untuk melaksanakan sesuatu tugas. ii) Pendekatan bertema, iaitu pendekatan bahagian demi bahagian untuk sesuatu topik yang berkaitan. iii) Pendekatan rujukan atau indeks yang mengandungi perintah atau tugas yang disusun mengikut abjad. Penyediaan manual untuk pengguna, pentadb |