Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Akta Parlimen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Act of ParliamentAkta ParlimenUndang-undangTiadaTiada
act of parliamentakta parlimenSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
commentaryulasanPerpustakaanTiada1. Nota keterangan atau nota kritikal yang berkaitan dengan Akta Parlimen, teks sastera atau karya yang lain yang dihasilkan beserta teks atau secara berasingan.,2.. Skrip yang dibacakan di dalam filem, pita video, atau persembahan slaid atau pita.
Act of ParliamentAkta ParlimenSains PolitikTiadaUndang-undang yang telah digubal dan diluluskan oleh parlimen.
professional engineerjurutera profesionalKejuruteraanTiadaJurutera yang layak untuk mengamalkan ilmu kejuruteraan sebagai profesion seperti yang dikehendaki oleh Akta Parlimen.
statutory bodybadan berkanunPentadbiranTiadaAgensi yang diperbadankan di bawah akta parlimen atau enakmen negeri yang berperanan melaksanakan dan melancarkan fungsi jabatan kerajaan. Badan berkanun bersifat separa kerajaan yang bertujuan menjalankan aktiviti bercorak komersil atau separuh komersil. Sebarang perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran badan berkanun seperti fungsi, urusan perkhidmatan, peruntukan kewangan dan perjawatan diperuntukkan di bawah akta atau enakmen yang berkaitan. Contohnya, FELDA, MARA, FAMA dan RISDA.
Act of ParliamentAkta ParlimenSains PolitikPolitik PerbandinganKeputusan yang diambil oleh Parlimen untuk memelihara kepentingan masyarakat apabila muncul sesuatu isu yang memerlukan reaksi segera dari parlimen. Tindakan ini biasanya merujuk kepada persetujuan yang bersifat sebulat suara oleh ahli-ahlinya. Contohnya, Parlimen Malaysia mengambil keputusan mengutuk tindakan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran George Bush Jr. yang menyerang Iraq pada tahun 2003 tanpa mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tindakan Parlimen Malaysia ini dibahaskan di Parlimen serta mendapat kolektif persetujuan ahli.
legal measurelangkah undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaRancangan atau tindakan yang diambil untuk mencapai tujuan undang-undang tertentu. Dalam konteks undangundang domestik, langkah undang-undang boleh diambil oleh pihak eksekutif seperti dasar atau polisi, atau oleh pihak legislatif seperti Akta Parlimen, atau pihak mahkamah seperti keputusan mahkamah. Dalam konteks undangundang antarabangsa, contoh langkah undang-undang ialah perjanjian antarabangsa dan perisytiharan yang dibuat oleh negara-negara.
acttindakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan sesuatu entiti. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, perbuatan organ negara (komponen utama dalam sebuah sistem pemerintahan) seperti badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman dianggap sebagai suatu tindakan yang diputuskan oleh negara berkenaan. Contohnya, tindakan menggunakan ketenteraan terhadap negara lain, tindakan melalui penggunaan Akta Parlimen yang menuntut bahagian laut sebagai zon maritim, atau keputusan mahkamah untuk menyita harta milik syarikat asing. Sesuatu tindakan yang menyalahi obligasi antarabangsa boleh dianggap sebagai tindakan yang menyalahi peraturan antarabangsa, dan melibatkan tanggungjawab antarabangsa.
archaeological lawundang-undang arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUndang-undang khusus yang berkaitan dengan arkeologi. Di Malaysia, undang-undang ini digubal dan diluluskan oleh Parlimen yang dikenali dengan Akta Bendapurba 1976. Fungsinya adalah untuk memulihara tinggalan arkeologi.

Kembali ke atas