Amanita phalloides | Amanita phalloides | Kimia | Forensik | Sejenis cendawan yang beracun. Cendawan ini mengandungi polipeptida amanitin dan faloidin yang stabil haba, dan lebih berbahaya berbanding muskarina, walaupun bertindak secara perlahan. Pengingesan cendawan ini menyebabkan halusinasi dan sakit perut. Kerosakan mungkin terjadi pada hati, buah pinggang, dan sistem saraf, dan mungkin membawa maut. |
phallotoxin | falotoksin | Biologi | Mikologi | Kumpulan toksin heptopeptida siklik yang terdapat pada Amanita phalloides dan A. vena. Kumpulan toksin ini termasuk falasidin, falin B, falisin, faloidin, dan faloin, dan pada asasnya mengandungi asid amino tak biasa. |
bulbosin/bulbosiner | bulbosin | Biologi | Mikologi | Bahan beracun yang dihasilkan oleh cendawan maut(Amanita phalloides) |
amatoxins | amatoksin | Biologi | Genetik | Sekumpulan oktapeptida bisiklik yang tergolong antara racun yang dihasilkan oleh Amanita phalloides. Racun ini menghalang transkripsi dalam sel eukariot kerana interaksinya dengan polimerase RNA II, tetapi tidak menjejaskan polimerase RNA pada mitokondria atau kloroplas. |