bank | bank | Ekonomi | Tiada | Institusi kewangan yang menjalankan urus niaga seperti menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti, dan menjalankan dasar kewangan kerajaan. Bank dikelaskan mengikut fungsi utamanya seperti bank pusat, bank perdagangan, bank saudagar, dan bank simpanan. |
agricultural bank | bank pertanian | Ekonomi | Tiada | Bank yang fungsi utamanya memberi pinjaman kepada petani, nelayan, dan penternak untuk menjalankan perusahaan pertanian. Bank ini beroperasi seperti bank pinjaman, tetapi pinjaman diberi dengan kadar bunga yang lebih rendah daripada kadar bunga pasaran dan dengan syarat yang longgar. |
advising bank | bank maklum | Pentadbiran | Tiada | Bank penghubung bagi bank pengimport. |
accepting bank | bank penerima | Pentadbiran | Tiada | Bank yang dilantik oleh bank penerbit untuk menerima draf yang dikeluarkan oleh benefisiari dan mematuhi syarat dalam kredit berdokumen. |
bank draft, banker's draft | draf bank | Ekonomi | Tiada | Cek yang boleh dibayar atas permintaan bank yang mengeluarkan draf bank tersebut. Oleh sebab draf bank ini dikeluarkan oleh bank berkenaan itu sendiri, maka draf bank itu boleh dianggap sebagai wang tunai. Ini kerana jumlah wang yang tercatat pada draf bank dijamin ada dalam simpanan bank. Sinonim cek bak. |
World Bank | Bank Dunia | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Bank yang terdiri daripada Bank Antarabangsa untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (IBRD) yang ditubuhkan pada tahun 1945, Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA) ditubuhkan pada tahun 1960, Kerjasama Kewangan Antarabangsa (IFC) ditubuhkan pada tahun 1956 dan Agensi Jaminan Pelaburan Multilateral (MIGA) ditubuhkan pada tahun 1988. Objektif utama badan ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup di negara sedang membangun dengan cara menyalurkan sumber kewangan daripada negara maju. Penekanan diberikan terhadap pembasmian kemiskinan serta pemuliharaan alam sekitar. |
bank note | wang kertas bank; nota bank | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Wang yang dicetak oleh bank pusat sesebuah negara, berupa nota janji yang mempunyai nilai seperti yang tercatat di atas nota tersebut. |
savings bank | bank simpanan | Ekonomi | Tiada | Bank yang fungsi utamanya menerima deposit daripada orang ramai dan menguruskan simpanan yang kecil jumlahnya. Misalnya, Bank Simpanan Nasional/. |
mudarabah interbank investment | pelaburan mudarabah antara bank | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pelaburan yang dibuat oleh sebuah bank di bank yang lain dengan menggunakan prinsip mudarabah. Pelaburan ini biasanya dibuat oleh bank yang mempunyai lebihan dana untuk dilaburkan di bank lain yang memerlukannya. Bank boleh menggunakan instrumen tersebut bagi menguruskan mudah tunainya. Tempoh minimum pelaburan adalah selama satu malam. |
merchant bank | bank saudagar | Ekonomi | Tiada | Bank yang fungsi utamanya mengendalikan pembiayaan urus niaga antara saudagar atau syarikat, terutamanya urus niaga antarabangsa. Kegiatan utamanya adalah menerima dan menjelaskan bil-bil pertukaran. Bank saudagar tidak menerima deposit akaun semasa daripada orang ramai. |