carborundum stone | batu karborundum | Landskap | Tiada | Batu hitam yang mempunyai bahan karborundum yang digunakan sebagai bahan turapan. |
subbituminous coal | batu arang subbitumen | Kimia | Tiada | Sinonim : lignit hitam Batu arang yang berwarna hitam, tidak begitu berkilau dan mempunyai nilai kalori antara 8,440 KJ dengan 11,606 KJ. Batu arang ini berdarjat antara lignit dengan batu arang bitumen. Batu Arang ini boleh digunakan dalam pembakaran kok untuk menghasilkan gas pengeluar. |
subbituminous coal | batu arang subbitumen | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : lignit hitam Batu arang yang berwarna hitam, tidak begitu berkilau dan mempunyai nilai kalori antara 8,440 KJ dengan 11,606 KJ. Batu arang ini berdarjat antara lignit dengan batu arang bitumen. Batu Arang ini boleh digunakan dalam pembakaran kok untuk menghasilkan gas pengeluar. |
lodestone | batu lod/batu magnet | Geologi | Tiada | Mineral magnet berwarna hitam yang terdiri daripada feroferik oksida, Fe3O4, dan digunakan sebagai bijih besi. |
bituminous coal | batuarang butimen | Kimia | Tiada | Batu arang berwarna hitam dan bergred tinggi serta bernilai komersial sebagai bahan api. Batu arang ini jika dipecahkan, cenderung pecah menjadi ketul-ketul berbentuk segiempat dengan memperlihatkan satah-satah laminasi yang jelas. Jika dihancurkan menjadi serbuk, ia berwarna coklat tua. Batu arang ini terbakar dengan mengeluarkan nyala yang berpendar serta berasap. hasil koknya berkisar dari 50 peratus ke 90 peratus. |
bituminous coal | batuarang bitumen | Kejuruteraan | Tiada | Batu arang berwarna hitam dan bergred tinggi serta bernilai komersial sebagai bahan api. Batu arang ini jika dipecahkan, cenderung pecah menjadi ketul-ketul berbentuk segiempat dengan memperlihatkan satah-satah laminasi yang jelas. Jika dihancurkan menjadi serbuk, ia berwarna coklat tua. Batu arang ini terbakar dengan mengeluarkan nyala yang berpendar serta berasap. hasil koknya berkisar dari 50 peratus ke 90 peratus. |
carbon black | karbon hitam | Fizik | Nanoteknologi | Serbuk amorfus karbon bersaiz nanometer yang terbentuk daripada hasil pembakaran yang tidak sempurna bahan petroleum atau minyak sayuran seperti tar arang batu. Karbon hitam digunakan sebagai pigmen dan penguat getah di dalam tayar. |
brown coal | batu arang coklat | Geografi | Tiada | Batu arang berwarna coklat hingga hitam kecoklatan dan dari segi darjat, terletak di antara gambut dan lignit A. Struktur tumbuh-tumbuhan asal biasanya dapat dilihat pada batu arang ini. |
brown coal | batu arang coklat | Geologi | Tiada | Batu arang berwarna coklat hingga hitam kecoklatan dan dari segi darjat, terletak di antara gambut dan lignit A. Struktur tumbuh-tumbuhan asal biasanya dapat dilihat pada batu arang ini. |
blackband ironstone | batu besi lapis hitam | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |