Triple DES (3DES) | DES ganda tiga (3DES) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Pengukuhan kepada DES asal yang menggunakan tiga atau dua kekunci berbeza. Pengukuhan ini melibatkan tiga ulangan algoritma DES. Proses pertama ialah penyulitan menggunakan kekunci pertama, kedua ialah songsangan penyulitan menggunakan kekunci kedua dan diakhiri dengan penyulitan semula menggunakan kekunci ketiga. Teks sifer hanya dihasilkan selepas proses ketiga. Penyulitan DES ganda tiga ialah penyongsangan kesemua proses ini. Sebagai alternatif, satu kekunci sahaja boleh digunakan untuk proses pertama dan ketiga dan satu kekunci lain digunakan untuk proses kedua. Lihat juga Piawai Penyulitan Data (DES). |
secret key algorithm | algoritma kekunci rahsia | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Algoritma penyulitan yang menggunakan kekunci yang sama untuk penyulitan dan penyahsulitan data. Contoh algoritma kekunci rahsia ialah piawaian penyulitan dan (DES), DES ganda tiga (3DES), dan algoritma Rijndael. Sinonim algoritma penyulitan simetri. |
DES | DES | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat: data encryption standard |
gale des naguers | gale des naguers | Veterinar | Tiada | Tiada |
Data Encryption Standard (DES) | Piawai Penyulitan Data (DES) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Algoritma yang menjadi piawai untuk penyulitan dan penyahsulitan data sejak tahun 1977. Algoritma ini dihasilkan untuk menyelaraskan algoritma yang digunakan untuk penyulitan komunikasi bagi tujuan perniagaan dan merupakan satu sifer blok berkekunci simetri. DES terdiri daripada jujukan operasi yang berulang sebanyak 16 kali serta menggunakan satu kekunci yang bersaiz gandaan 64 bit. Penyahsulitan dilakukan dengan menyongsangkan algoritma DES dengan kekunci yang sama. Lihat juga sifer blok dan kekunci simetri. |
decryption | nyahsulit | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses menukar fail komputer tersulit kepada bentuk asal. Proses ini menggunakan fungsi matematik dan algoritma khas untuk menukar fail yang disulitkan kembali kepada fail biasa. Contoh algoritma adalah DES, Tripple DES dan RSA. Lazimnya proses penyahsulitan memerlukan kata kunci yang sepadan untuk menukar fail tersulit ke bentuk fail biasa. Banding penyulitan. |
DES (data encryption standard) | DES (piawai penyulitan data) | Teknologi Maklumat | Tiada | Kunci umum yang menggunakan algoritma sifer blok untuk menyulitkan data yang dicipta oleh National Bureau of Standard. |
DES (destination end station) | DES (stesen hujung destinasi) | Teknologi Maklumat | Tiada | Titik hujung sambungan ATM yang merupakan destinasi mesej ATM dan digunakan sebagai titik rujukan untuk perkhidmatan ABR. |
courbe des-population | penduduk courbe des | Kependudukan | Tiada | Tiada |
liaison des scenes | penyatu adegan | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |