Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
public halldewan orang ramai/balai rayaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
public benefitfaedah AwamPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara yang berkaitan dengan kepentingan, kebajikan, keselesaan, keselamatan, kemudahan infrastruktur, kesihatan dan keamanan masyarakat. Faedah awam boleh dilihat dalam bentuk kemudahan yang disediakan oleh pihak berwajib kepada rakyat, seperti kemudahan taman rekreasi, padang permainan, pondok pengawal, dewan orang ramai, tandas awam dan tempat riadah. Antara pihak yang bertanggungjawab dalam mengusahakan faedah awam ialah pihak kerajaan, NGO, agensi awam dan swasta, jawatankuasa yang dilantik seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK). Faedah awam boleh menyumbang kepada cara hidup masyarakat yang sihat dan sejahtera. Secara tidak langsung, membantu membentuk masyarakat yang berfikiran terbuka, sihat minda dan prihatin terhadap kemakmuran negara.

representative governmentkerajaan perwakilanPentadbiranPentadbiran Awam

Kerajaan yang dibentuk melalui wakil rakyat yang memenangi pilihan raya dan mendominasi dewan perwakilan. Kerajaan ini bertindak memelihara kepentingan orang ramai dan menyuarakannya dalam persidangan dewan. Kerajaan berperwakilan bertanggungjawab sepenuhnya kepada dewan perundangan atau dewan perwakilan. Kerajaan ini perlu peka kepada kehendak orang ramai kerana ia boleh dijatuhkan melalui undi tidak percaya wakil-wakil rakyat. Contohnya, kerajaan dalam demokrasi berparlimen Malaysia.

representative govemmentkerajaan berperwakilanSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk melalui wakil rakyat yang memenangi pilihan raya dan mendominasi dewan perwakilan. Kerajaan ini bertindak memelihara kepentingan orang ramai dan menyuarakannya dalam persidangan dewan. Kerajaan berperwakilan juga bertanggungjawab sepenuhnya kepada dewan perundangan atau dewan perwakilan dan perlu peka kepada kehendak orang ramai yang boleh menjatuhkan mereka melalui undi tidak percaya wakil rakyat. Contohnya, kerajaan dalam demokrasi berparlimen Malaysia.
representative democracydemokrasi berperwakilanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan demokrasi tidak langsung yang memerlukan wakil rakyat untuk menyuarakan kepentingan orang ramai serta membincangkan masalah dan kepentingan negara. Sistem perwakilan terpaksa dibentuk kerana demokrasi langsung tidak mungkin dilaksanakan lagi, kesan daripada penduduk yang ramai. Dengan itu, orang ramai memilih wakil rakyat dalam pilihan raya untuk mewakili suara mereka. Kelompok perwakilan yang mendominasi dewan perundangan akan membentuk kerajaan manakala selebihnya akan menjadi pembangkang. Terdapat dua jenis demokrasi perwakilan iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Contohnya, Malaysia telah melaksanakan amalan demokrasi berperwakilan sejak mula merdeka hingga kini. Malaysia juga dikuasai oleh kerajaan Perikatan dan kini dikenali sebagai Barisan Nasional.
power sharingperkongsian kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang terbahagi kepada beberapa kelompok dan parti politik yang mendorong kepada perkongsian bersama. Keadaan ini wujud apabila sokongan orang ramai dalam pilihan raya terbahagi kepada beberapa parti politik dan calon persendirian. Parti politik atau individu yang telah dipilih menjadi ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri perlu berkongsi undi dalam dewan perundangan bagi menjamin majoriti dan sekali gus berkongsi jawatan dalam kabinet. Melalui perkongsian ini, mereka berupaya menguasai kerajaan. Contohnya, kerajaan Indonesia pasca-Soeharto terpaksa melakukan perkongsian kuasa kerana sokongan orang ramai dalam pilihan raya terbahagi kepada beberapa parti politik.
parliamentparlimenSains PolitikPolitik PerbandinganDewan perundangan yang terdapat di negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Institusi ini merupakan dewan legislatif iaitu tempat menggubal atau meminda undang-undang. Dewan ini menghimpunkan semua anggota parlimen untuk membincangkan persoalan undang-undang dan dasar pemerintahan negara. Parlimen akan dibubar secara berkala lazimnya empat atau lima tahun sekali untuk memberi ruang kepada orang ramai memilih perwakilan yang baru. Terdapat parlimen yang dipecah kepada dua dewan iaitu dewan tinggi dan dewan rendah seperti di Malaysia dan juga parlimen yang hanya mempunyai satu dewan seperti di Singapura. Parlimen mungkin mempunyai nama yang berbeza di negara lain seperti Diet di Jepun dan Knesset di Israel.
powerkuasaSains PolitikPolitik PerbandinganKeupayaan untuk menguasai dan mempengaruhi seseorang, kelompok atau negara lain yang biasanya mempunyai kaitan dengan autoriti. Melalui keupayaan ini, ia boleh mengarah seseorang, kelompok atau negara bertindak mengikut kehendaknya. Kuasa politik selalunya bersandarkan kepada sokongan orang ramai, kekuatan tentera atau ekonomi yang diberi melalui peruntukan perlembagaan, kelulusan dewan perundangan atau pengesahan di peringkat PBB. Lawatan penting dalam pemerintahan, pentadbiran negara dan organisasi penting selalu diikuti dengan kuasa atau bidang kuasanya. Dengan itu, ia menjadi rebutan orang ramai seperti pilihan raya yang menjadi saingan parti politik kerana mahukan kuasa untuk memerintah negara. Kuasa boleh juga wujud dalam keadaan tidak absah seperti menggunakan kekuatan tentera, kekerasan dan dilaksanakan ke atas pihak yang lebih lemah. Contohnya, tindakan Amerika Syarikat mengingkari keputusan PBB untuk bertindak menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah satu manifestasi penggunaan kuasa tanpa sebarang kew
state's policydasar negaraSains PolitikPolitik PerbandinganDasar atau prinsip sebuah negara yang dipegang dan dijalankan untuk mencapai matlamatnya. Dasar ini digubal oleh dewan perundangan dan dilaksanakan oleh badan eksekutif untuk kepentingan negara dan orang ramai. Dasar sebuah negara terbahagi kepada tiga jenis iaitu, Dasar Sosial, Dasar Pembangunan dan Dasar Luar. Dasar Sosial meliputi dasar seperti Dasar Pendidikan, Dasar Belia dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar Pembangunan seperti Dasar Penswastaan Negara, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru manakala Dasar Luar seperti Dasar Berkecuali. Dasar sesebuah negara juga boleh dipinda, diperbaharui atau dimansuhkan jika didapati tidak sesuai. Dalam sesebuah negara, rakyat diseru supaya bersama-sama pemerintah untuk memenuhi hasrat negara. Contoh dasar negara di Malaysia ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Sosial dan Dasar Penswastaan Negara.
public sector agencyagensi sektor awamPentadbiranPentadbiran Awam

Pertubuhan, syarikat atau badan yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berorientasikan kepada matlamat kerajaan. Agensi sektor awam merupakan jentera pentadbiran yang menjalan dan melaksanakan hasrat serta objektif kerajaan berdasarkan garis panduan yang tertentu untuk menjamin kebajikan dan keselamatan orang ramai. Agensi ini boleh dikategorikan kepada pelbagai aspek seperti syarikat perniagaan, badan kebajikan, peningkatan produktiviti dan pembangunan masyarakat. Setiap agensi mempunyai bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing, namun masih tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Contohnya, Dewan Bahasa dan Pustaka, FELDA, FINAS, BSN dan MARA.

12

Kembali ke atas