renewable resource | sumber boleh diperbaharui | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sumber yang memberikan nilai ekonomi dan boleh diganti melalui proses biologi atau secara semula jadi dan boleh digunakan berulang kali. Sumber boleh diperbaharui boleh mengatasi kekurangan bekalan akibat penggunaan secara berterusan. Contohnya, tenaga suria, oksigen, air dan biojisim. |
bark damage | kerosakan kulit | Pertanian | Agronomi | Keadaan yang berlaku apabila torehan kulit pokok getah dibuat terlalu dalam sehingga mencederakan lapisan kambium. Sekiranya kambium rosak, kulit pokok tidak dapat diperbaharui. Sebaliknya, jika torehan dibuat dengan baik, kulit yang ditoreh akan diperbaharui oleh lapisan kambium dan pusingan torehan boleh diulang beberapa kali. |
renewable energy | tenaga boleh diperbaharui | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Tenaga yang boleh diganti melalui fenomena semula jadi daripada pelbagai sumber seperti biojisim, suria, angin, tenaga pasang surut, geoterma dan kuasa hidro. |
renewable feedstock | stok suapan boleh diperbaharui | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan mentah daripada sumber semula jadi yang boleh diganti semula dalam tempoh tertentu. Contohnya, minyak sawit sebagai bahan suapan untuk menghasilkan biodiesel. |
replennishable | sumber boleh diganti; sumber boleh diperbaharui | Geografi | Tiada | Tiada |
renewable energy consumption | penggunaan tenaga boleh diperbaharui | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Nisbah antara penggunaan kasar pedalaman tenaga boleh diganti semula dengan penggunaan kasar pedalaman tenaga keseluruhan (primer) yang dikira dalam tempoh setahun mengikut tahun kalendar. |
solar power | kuasa suria | Kesenian | Seni Bina | Tenaga diperbaharui yang diperlukan untuk menyumbang ke arah gagasan seni bina hijau atau seni bina lestari. Bangunan moden memerlukan tenaga elektrik untuk menggerakkan semua peralatan di dalam bangunan. Lazimnya, tenaga elektrik diperoleh daripada janakuasa sama ada digerakkan oleh tenaga minyak, gas, sampah terpilih atau arang batu. Tenaga elektrik juga boleh diperoleh daripada kuasa suria sama ada menggunakan kepingan fotovolta atau tenaga solar pekat (CSP). Penuaian kuasa suria boleh dilakukan dengan menggunakan kepingan fotovolta yang dipasangkan pada bangunan yang disepadukan pada kemasan bumbung atau kemasan dinding luaran pada mukaan bangunan. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan kepingan fotovolta adalah lebih mudah dan cepat. Kepingan fotovolta memerlukan ruang di atas bumbung atau mukaan bangunan yang menghadap matahari bagi memaksimumkan dapatan cahayanya. Selain memberikan manfaat dalam menyumbang ke arah penarafan gagasan seni bina hijau, ia juga memberikan nilai tampak pada bangunan |
validity period | tempoh sah | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Jangka masa produk berdaftar atau kosmetik diberitahu dibenarkan untuk berada dalam pasaran. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Ubat, tempoh sah bagi pendaftaran produk herba adalah selama 5 tahun dan perlu diperbaharui 6 bulan sebelum tamat tempoh. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tempoh sah kosmetik diberitahu adalah selama dua tahun dan perlu diperbaharui satu bulan sebelum tamat tempoh. |
certificate of registration | sijil pendaftaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Sijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk pendaftaran produk herba dengan syarat-syarat tertentu. Sijil ini perlu diperbaharui setiap lima tahun. Sijil pendaftaran ini mengandungi maklumat nama pemegang dan nombor pendaftaran produk. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) merupakan pihak berkuasa yang mengeluarkan sijil pendaftaran bagi produk herba. |
expiration card | kad tamat tempoh | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cara untuk merekodkan tarikh penamatan sesebuah polisi. Kad ini digunakan untuk mengingatkan ejen atau wakil jualan mengenai polisi yang harus diperbaharui. |