herbal specification | spesifikasi herba | Herba | Tiada | Suatu senarai ujian, rujukan kepada prosedur analisis dan kriteria bersesuaian yang menyatakan nilai had atau julat angka atau kriteria ujian lain yang diterima pakai. Spesifikasi ini menetapkan satu set kriteria bagi bahan mentah dan sediaan herba yang harus dipatuhi untuk diterima pakai bagi kegunaan seperti yang dinyatakan. Spesifikasi bagi kualiti piawai bahan mentah dan sediaan herba ditetapkan oleh agensi kawalan kerajaan dan mesti dipatuhi oleh pemohon. |
aesthetic convention | kelaziman estetik | Landskap | Tiada | Keindahan yang diterima pakai oleh pakar atau pengamal dalam bidang yang berkaitan dengan estetik. |
acquisition accounting | perakaunan ambil alih | Pentadbiran | Tiada | Tatacara perakaunan yang diterima pakai oleh syarikat pengambil alih. |
standard plan symbols | simbol pelan piawai | Landskap | Tiada | Lambang yang diterima pakai dan lazim digunakan dalam pelan. Contohnya, simbol pokok, air, angin, arah mata angin dan sebagainya. |
standardised general specification | spesifikasi am terpiawai | Landskap | Tiada | Penetapan umum yang diterima pakai dalam kerja pembinaan. Contohnya, spesifikasi kerja batu. |
dramatic convension | konvensi dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah lakonan serta latar yang telah diterima pakai sebagai kelaziman dalam lakonan bagi meniru keadaan dunia nyata. Konvensi dramatik ini tampil dalam pelbagai bentuk. Antaranya pemadatan tempoh waktu yang sebenar, penciptaan topeng dan pelaku sebagai mewakili watak sebenar, dan penzahiran pemikiran seperti yang terdapat dalam monolog dramatik. Konvensi dramatik yang lain ialah penggantungan ketidakpercayaan, iaitu kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam sesebuah karya yang biasanya dianggap mustahil tetapi benar-benar berlaku. |
indigenous medicine | perubatan peribumi | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Amalan rawatan dan pencegahan penyakit yang diterima pakai berdasarkan kepada penggunaan bahan semula jadi secara tradisional. |
forest regulation | peraturan hutan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Arahan yang digubal dan dipersetujui pada peringkat persekutuan atau negeri untuk diterima pakai dan dijadikan amalan semasa dalam menguruskan hutan. |
HASP (Houston automatic spooling program) | HASP (atur cara penspulan automatik Houston) | Teknologi Maklumat | Tiada | Protokol kawalan untuk penghantaran fail pemprosesan data yang diterima pakai oleh IBM. |
recommended rate | kadar disyorkan | Pertanian | Agronomi | Kuantiti atau jumlah input bahan seperti baja, racun dan benih yang telah ditentukan berdasarkan kajian untuk diterima pakai. Contohnya, kadar baja nitrogen untuk tanaman padi ialah 180 kg N/hektar. |