Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Golongan M


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Marxismfahamam MarxSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang meliputi falsafah ekonomi dan politik berasaskan pemikiran Karl Marx. Kaedah falsafah Marx ialah materialisme dialektik yang mengatakan ekonomi sebagai penentu dalam sejarah. Oleh itu, sejarah sesebuah masyarakat merupakan sejarah perjuangan kelas. Menurut fahaman ini, sesuatu kelas masyarakat hanya boleh memerintah selagi mereka mewakili kumpulan masyarakat yang produktif dari segi ekonomi. Contohnya, dalam masyarakat kapitalis moden, kelas bourgeois (kapitalis) telah memusnahkan golongan bangsawan feudal yang tidak lagi produktif. Kelas bourgeois ini bertanggungjawab menubuhkan susunan industri baru. Peringkat seterusnya ialah perjuangan golongan proletariat atau pekerja industri untuk menggantikan golongan kapitalis. Proses dinamik yang berterusan ini akhirnya akan mewujudkan masyarakat tanpa kelas. Golongan komunis telah menggunakan faham Marxis sebagai dogma mereka. Pemimpin politik seperti Vladimir Ilyich Lenin, Joseph Stalin dan Mao Zedong ialah individu yang menyokong fahaman Marxis dan m
bronze bellloceng gangsaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada gangsa yang tergolong dalam Zaman Gangsa. Perkembangannya dianggarkan berlangsung sekitar 500 SM sehingga 500 M. Di Asia Tenggara, loceng gangsa yang terkenal berbentuk silinder yang mempunyai tangkai di bahagian puncaknya, manakala bahagian badannya pula mempunyai hiasan geometri. Loceng ini melambangkan status individu. Loceng ini digantung pada bahagian leher gajah milik golongan bangsawan, dan juga digunakan untuk tujuan perdagangan. Di Malaysia, loceng ini ditemui di Kampung Pencu, Muar (Johor).
nacreous cloudsawan nakteusMeteorologiMeteorologi PerhubunganAwan stratosfera nadir yang selalunya terjadi di Norway dan Scotland pada musim sejuk, apabila berlaku aliran barat/barat laut yang kuat dan meluas (lekukan meluas di Scandinavia Utara). Awan ini berbentuk seperti kanta, berstruktur lemah dan menunjukkan pendariris terang pada jarak sudut sehingga lebih kurang 40� dari kedudukan matahari. Warna awan ini sangat terang sejurus selepas matahari terbenam (atau sebelum matahari terbit) dan terus berkeadaan seperti itu untuk beberapa ketika selepas matahari terbenam. Min ketinggian awan mengikut ukuran C. Stormer ini ialah 24 km. Awan ini tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja; hakikat ini, bersama dengan kejadiannya, kuat membayangkan bahawa awan ini merupakan golongan awan gelombang gunung. Sifat zarahnya tidak diketahui tetapi kesan optik yang berkaitan membayangkan belauan oleh zarah bulat bergaris pusat kurang daripada 250 m. Awan ini induk mutiara.
Achenese gravestonenisan AchehArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBatu tanda pada kubur yang mempunyai pengaruh Acheh yang diperbuat daripada batu pasir. Batu tanda ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu puncak, kepala, bahu, badan bahagian atas, bawah dan dasar. Batu tanda turut dilengkapi dengan ayat suci al-Quran, puisi Arab dan kalimah syahadah. Terdapat beberapa pola hias yang berbentuk simbolik seperti cungkup di bahagian puncak yang dikaitkan hubungan antara manusia dengan pencipta-Nya. Hiasan bunga roset dibahagian bahu atau sayap dan sarang labah-labah di bahagian dasar dianggap sebagai perlambangan hidup yang tidak kekal. Pada bahagian tertentu terdapat nama si mati dan angka tahun kematiannya. Batu tanda ini hanya digunakan oleh golongan sultan dan kaum kerabatnya sahaja. Batu tanda ini berbentuk persegi empat dan kemudiannya berkembang kepada bentuk bulat. Bentuk batu tanda untuk lelaki mempunyai sayap atau bahu yang melengkung ke dalam atau ke atas berbanding wanita. Di Semenanjung Malaysia, batu tanda ditemui dalam sekitar abad ke-15 M hingga ke

Kembali ke atas