Android | Android | - | Tiada | Sistem operasi peranti mudah alih yang dibangunkan oleh Google untuk membolehkan peranti menjalankan aplikasi termasuklah aplikasi yang melibatkan penerbitan. |
surface web/ visible web | web terbuka | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Laman web yang boleh diakses oleh orang awam dengan menggunakan enjin carian standard seperti Google, Bing dan sebagainya. |
web-based seminar/webinar | seminar berasaskan web/webinar | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Seminar yang dilangsungkan melalui web atau sesawang dengan menggunakan platform media sosial seperti Google Meet, Facebook dan sebagainya. |
zoom out | zum keluar | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses memaparkan imej secara kasar. Proses ini membolehkan pengguna mendapatkan gambaran keseluruhan tentang imej tersebut. Contohnya, pengguna boleh menggunakan zum keluar pada perisian Google Map untuk melihat secara pandangan mata burung tentang imej peta yang diperlukan. |
autograding | autogred | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu perisian pentaksiran dan pemarkahan hasil tugasan atau jawapan ujian secara automatik yang grednya diperoleh serta-merta. Sistem autogred banyak digunakan dalam peperiksaan pensijilan seperti Microsoft, Google, Sains Aktuari dan ujian komputer lesen memandu. |
zoom in | zum masuk | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses memaparkan imej yang boleh dibesarkan. Proses ini membolehkan pengguna mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang imej tersebut. Contohnya, pengguna boleh menggunakan zum masuk pada perisian Google Map untuk melihat dengan lebih jelas dan terperinci imej peta yang diperlukan. |
keyword | kata kunci | Teknologi Maklumat | Tiada | Perkataan atau frasa yang ditaip dalam kotak carian untuk mendapatkan teks di dalam sesuatu laman web. Teks ini dicari secara terus di dalam sesuatu laman web yang sedang dilayari. Kata kunci juga digunakan dalam enjin pencari seperti Yahoo dan Google untuk mendapatkan maklumat dari tapak-tapak web dalam Internet. |
web apps | app web | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian aplikasi pelanggan-pelayan yang terdapat pada pelayan capaian jauh yang dicapai melalui Internet menerusi pelayar web. App web berperanan untuk melakukan sebarang bentuk fungsi di tapak web untuk pengguna. Contoh app web dalam e-pembelajaran ialah Google Docs, Gmail, Trello dan Twitter. |
learning tools interoperability (LTI) | saling kendali alat pembelajaran (LTI) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Piawaian yang menetapkan kaedah menggandingkan pelbagai aplikasi pembelajaran untuk dijalankan atas pelbagai platform pembelajaran. Contohnya, aplikasi pembelajaran AmazonKindle digandingkan dengan platform awan dan Android, iBook digandingkan dengan platform awan dan iOS, dan Google Classroom digandingkan dengan platform Windows, MacOS dan awan. |
copyright | hak cipta | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Hak melalui undang-undang untuk mengguna, menjual atau mendapatkan lesen pemilikan intelektual seperti majalah, buku, video, filem dan sebagainya. Pemegang hak cipta boleh mendakwa sesiapa yang menggunakan harta intelektualnya tanpa kebenaran. Contoh hak cipta ialah Adobe, Totara, Camtasia Studio 8 dan Google Apps for Education. Banding hak terbuka. |