advertisement | iklan | Komunikasi | Korporat | Alat komunikasi berbayar seperti promosi atau publisiti barangan dan perkhidmatan untuk memberitahu dan memujuk pengguna supaya membeli atau menggunakan barangan dan perkhidmatan melalui saluran media massa seperti televisyen dan akhbar. Alat komunikasi ini dihasilkan dengan pelbagai cara dan pendekatan bagi memenuhi kesesuaian bahan yang diiklan, media yang digunakan, dan khalayak yang disasarkan. Sesebuah iklan perlu mempunyai kreativiti yang sesuai dan khalayak sasaran yang jelas, serta iklan perlu direka bentuk khusus untuk mencapai matlamat pemasaran. Selain media massa, iklan wujud dalam bentuk iklan jalanan dan iklan bergerak, iklan elektronik, iklan media cetak dan sebagainya. |
copy testing | pengujian naskhah iklan | Komunikasi | Korporat | Salah satu kaedah penyelidikan dan pengiklanan yang dilakukan untuk mengenal pasti atau memantau keberkesanan sesuatu iklan sebelum iklan sebenar dihasilkan. Tujuannya adalah untuk memastikan setiap iklan sebenar yang dihasilkan akan meninggalkan impak yang mendalam terhadap khalayak. Selain pengujian naskhah iklan, terdapat pelbagai kaedah dan prosedur untuk menguji dan menentukan keberkesanan sesuatu iklan serta mengukur tahap penerimaan khalayak. Antara kaedah yang digunakan termasuklah kaedah tinjauan, uji kaji, maklum balas, dan temu bual. Kaedah pengujian naskhah iklan merupakan salah satu cabang ujian prapenerbitan yang kerap dilakukan dalam bidang lain selain ujian prasiaran rancangan yang baru diterbitkan. Melalui kaedah ini, naskhah ujian akan dipratontonkan kepada sekumpulan khalayak yang mempunyai ciri khalayak sasaran iklan berkenaan. Khalayak akan memberikan tindak balas, sama ada secara elektronik, lisan, bertulis, atau cara lain yang ditetapkan. Hasil ujian akan digunakan oleh pihak yang berka |
spot schedule | jadual waktu iklan | Komunikasi | Korporat | Senarai masa siaran iklan dalam jadual rancangan radio, televisyen, atau filem. Senarai ini bertujuan untuk menetapkan susunan iklan yang boleh disesuaikan dengan stesen siaran, jenis rancangan, nama iklan, tarikh dan susunan siaran, tempoh masa, serta kos iklan. Penetapan jadual waktu iklan ini dapat membantu pihak pengiklan menentukan belanjawan sesuatu kempen pengiklanan melalui media elektronik, merancang usaha pemantauan keberkesanan sesuatu kempen pengiklanan, memudahkan sistem carian, dan mengenal pasti skala liputan siaran iklan. Selain itu, senarai iklan yang berjadual ini memudahkan sesuatu agensi pengiklanan menyiarkan maklumat iklan kepada khalayak. Jadual ini juga dijadikan panduan bagi penyusunan rancangan mengikut tertib supaya lebih sistematik dan boleh mengurangkan kesilapan ketika sesuatu rancangan itu disiarkan. |
advertorial | iklan rencana | Komunikasi | Korporat | Salah satu daripada genre iklan media elektronik dan media cetak. Genre iklan ini dikenali dengan sifat persembahan- nya yang menyerupai sebuah artikel, berita atau sebuah rancangan bicarawara. Pendekatan penulisan dan persembahannya menggunakan teknik penulisan sebuah berita atau artikel dan penerbitan sebuah rancangan radio atau televisyen. Pendekatan ini juga menekankan aspek realiti barangan atau perkhidmatan, dan kerap mengaitkan hasil penyelidikan barangan tersebut dengan fakta tentang kebaikan barangan. Kadangkala pendekatan ini melibatkan jurucakap profesional serta individu terkenal dan berwibawa bagi membina kesedaran jenama dalam kalangan khalayak. |
commercial minute | minit iklan | Komunikasi | Korporat | Ukuran kos penggunaan ruang masa siaran iklan di media elektronik. Selain bentuk minit, kos penyiaran iklan boleh juga diukur dalam bentuk saat. Pengiraan pembayaran yang dibuat mengikut minit bergantung pada jenis rancangan dan kedudukan masa siaran. Hal ini kerana terdapat sesetengah stesen penyiaran menentukan pengiraan kos iklan mengikut minit, hanya untuk ruang siaran yang bukan pada masa perdana. Pada masa perdana pula, pengiraan kos iklan dibuat berdasarkan saat. Nilai minit atau saat yang dijual berbeza antara stesen bergantung pada populariti stesen atau populariti rancangan. Penentuan kos juga tidak tetap dan bergantung pada perkembangan ekonomi semasa. |
thirty-sheet poster | poster tiga puluh helaian | Komunikasi | Korporat | Iklan jalanan yang berukuran 12 kaki tinggi dan 25 kaki lebar. Iklan ini dicetak di atas kertas dalam ukuran tertentu yang dicantum mengikut susunan visual dan cetakan asal untuk menjadi iklan besar. Jumlah kesemua helaian kertas tersebut adalah sebanyak 30. Iklan bersaiz besar ini penting untuk disesuaikan dengan keadaan landskap, saiz lebuh raya, dan isi padu lalu lintas. Iklan ini juga dapat memudahkan pemasangan iklan jalanan, khususnya di lokasi yang sukar dihubungkan dengan jentera berat. Selain itu, kaedah iklan ini juga dapat mempelbagaikan kreativiti dalam reka bentuk iklan. Iklan bersaiz besar boleh memberikan ruang kepada aplikasi pemasaran maklumat secara elektronik dan juga memudahkan aplikasi pencahayaan kreatif. |
advertorial | iklan rencana | - | Tiada | Iklan cetak, elektronik atau dalam talian yang dipersembahkan dalam gaya editorial yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat produk atau perkhidmatan. |
static title | tajuk kaku | Komunikasi | Korporat | Jenis judul yang digunakan dalam penerbitan visual bergerak seperti video, filem, dan iklan jalanan elektronik atau multimedia. Sifat grafik judul ini dipaparkan secara statik. Tajuk kaku boleh wujud sebagai judul sesuatu karya, sari kata, atau sebagai tajuk penjelasan visual atau iklan jalanan elektronik. Contohnya, dalam penerbitan filem, sari kata yang menggunakan kaedah tajuk kaku biasanya dipamerkan secara langsung dan statik berbanding dengan pemaparan penjelasan maklumat yang selalunya bergerak dalam siaran berita. Sinonim tajuk statik. |
buying time | masa beli | Komunikasi | Tiada | Masa yang ditempah oleh syarikat iklan daripada syarikat media elektronik untuk menyiarkan iklan. Kadar bayarannya tertakluk kepada masa yang dipilih. |
run-of-schedule | jadual bebas | Komunikasi | Korporat | Penyiaran dan penerbitan iklan di media elektronik dan media cetak pada sebarang masa mengikut budi bicara pihak media dalam tempoh yang telah dipersetujui oleh agensi pengiklanan. Dalam borang tempahan iklan, terdapat ruang yang membolehkan pihak pengiklan memilih tempoh masa dan waktu tertentu bagi menyiarkan iklan yang ditempah. Pendekatan ini memberikan faedah kepada pihak pengiklan kerana tidak perlu mengeluarkan wang tempahan ruang yang banyak. Kelemahannya pula ialah iklan mungkin disiarkan semasa jumlah khalayak yang menonton berkurangan atau disiarkan di ruang akhbar yang jarang diberi perhatian oleh pembaca. Pendekatan kaedah ini biasanya digunakan oleh syarikat kecil yang mempunyai peruntukan kewangan yang rendah. |