secondary road | jalan sekunder | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
scenic byway program | program laluan indah | Pelancongan | Tiada | Rancangan perjalanan melalui jalan sekunder untuk menikmati panorama yang indah. |
squeeze cementing | penyimenan himpit | Kejuruteraan | Petroleum | Kaedah penyimenan sekunder dalam operasi penyimenan telaga minyak. Antara lain, tujuan penyimenan ini adalah untuk mengasingkan atau memencilkan sesuatu formasi berpengeluaran dengan formasi-formasi lain menutup jalan masuk air atau gas, membaiki selongsong yang bocor, membaiki penyimenan primer yang rosak atau kurang sempurna dan lain-lain. dalam kaedah ini buburan simen dipamkan dengan tekanan tinggi masuk ke bahagian tertentu dalam telaga untuk mengedap bahagian tersebut. |
sukuk istisna | sukuk istisna’ | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip istisna’. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembekal tempahan aset manakala pemegang sukuk sebagai pembeli tempahan. Sukuk ini merujuk kepada tempahan aset yang melibatkan pembuatan pertukangan seperti bangunan perumahan, jalan raya dan mesin. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembeli aset daripada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara: i. pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana. ii. pemegang sukuk membeli sukuk daripada pengeluar sukuk sebagai bayaran untuk aset yang ditempah. iii setelah aset yang ditempah siap maka pengeluar sukuk menyerahkan aset kepada pemegang sukuk. Pemegang sukuk mendapat perolehan dengan dua cara, iaitu pertama harga belian aset lebih rendah daripada nilai sukuk. Cara kedua, iaitu sukuk diperniagakan di pasaran sekunder. Sinonim bon istisna’. |