reggae | reggae | Muzik | Tiada | Muzik popular dari Jamaica yang mencantumkan patois Jamaica, rentak sinkopasi dari Afrika dan muzik rhythm and blues dari Amerika Syarikat. Reggae muncul di Jamaica pada tahun 1970-an dan dipopularkan di peringkat antarabangsa oleh kumpulan Bob Marley and The Wailers. Link lagunya tentang kepercayaan Rastafarian dan masalah kehidupan orang kulit hitam kelas bawahan di Jamaica. |
Jamaican coffee | kopi Jamaica | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kopi yang diperasakan dengan herba dan likuor dan dihias dengan krim putar sebagai toping. |
calypso | calypso | Muzik | Tiada | Lagu popular rakyat Trinidad dan Jamaica yang bersinkopasi dan diimprovisasikan. Melodinya bercorak soal jawab dan liriknya bertemakan kehidupan rakyat serta komentar politik. Ensembelnya terdiri daripada alat muzik seperti dram besi, liub buluh, wisel timah dan gitar. |
world music | world music | Muzik | Tiada | Muzik popular yang mencantumkan idiom muzik popular Amerika Syarikat dan Eropah dengan elemen muzik Afrika, Amerika Latin, India dan negara lain. World music ini diperkenalkan oleh syarikat muzik transnasional di Amerika Syarikat dan Eropah untuk memasarkan muzik tersebut pada tahun 1980-an. Contoh world music termasuklah reggae (Jamaica), rai (Algeria), highlife (Ghana), b |