makyung | makyung | Kesusasteraan | Tiada | Teater tradisional yang menggunakan unsur-unsur ritual, tarian, muzik, lagu, lakonan, cerita dan dialog yang bersifat formal dan improvisasi. Makyung dipercayai berasal daripada istana Patani dan dibawa masuk ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu. Makyung merupakan sebuah teater yang menggabungkan struktur persembahan dengan gaya yang dilebih-lebihkan. Makyung tidak mempunyai prop atau set realistik tetapi hanya menggunakan beberapa peralatan seperti pemiat (ikatan rotan tujuh batang) dan selendang yang boleh mewakili pelbagai benda fizikal. Tempat dan lokasi digambarkan melalui dialog. Pertukaran tempat pula dilambangkan melalui pergerakan pelakon dalam sebuah bulatan dengan iringan lagu barat anjur. Antara cerita yang dipersembahkan oleh makyung ialah Raja Sakti, bongsu sakti, Dewa Muda, Raja Tangkai Hati dan Puteri Timun Muda. /watak utama dalam makyung ialah Pakyung, Makyung, Puteri Peran Tua, Peran Muda, Tok Wok, Jin Gergasi, Jong Dong Dang dan Orang Kampung. Muzik memainkan peranan penting dalam per |
kecapi | kecapi | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter berbentuk tiub. Kecapi diperbuat daripada buluh yang panjang dan mempunyai garis pusat yang besar. Setiap hujung tiub buluh ini ditutup dengan buku atau nodus asal. Empat tali diukir daripada permukaan buluh dan ditiunkan dengan menggunakan kekuda kecil yang terletak di bawah setiap hujung tali tersebut. Kecapi dipegang secara menegak dan tali dipetik dengan jari. Rentak yang dimainkan meniru bahagian gong dan gendang daripada muzik wayang kulit dan muzik tradisional lain. Alat muzik ini dimainkan secara solo di kampung atau desa di Kelantan. |
tumbuk kalang | tumbuk kalang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dihentak. Tumbuk kalang terdiri daripada sebuah lesung emping dan tiga hingga lima batang antan yang berlainan saiz. Lesung dihentak dengan antan-antan yang dipegang oleh beberapa orang pemain. Alat muzik yang menghasilkan rentak terhasil bagi mengiringi lagu vokal dimainkan oleh pesawah di Negeri Sembilan pada musim menuai. KM, tumbuk kalang dimainkan dalam pertunjukan kebudayaan, upacara menyambut tetamu atau meraikan majlis perasmian di kampung. |
etiology | etiologi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, �Sang Gedembai�. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah |