watershed | legeh | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Kawasan tadahan air yang melingkungi jaringan saliran atau sungai. |
hidrology | hidrologi | Sains Marin | Tiada | Kajian saintifik yang melibatkan pergerakan, taburan dan kualiti air di bumi dan planet-planet yang lain, termasuklah kitaran air, sumber air dan kawasan tadahan air yang mapan. Hidrologi terbahagi kepada tiga, iaitu hidrologi permukaan air, air bawah tanah dan marin. Kajian hidrologi amat penting dalam pembentukan polisi, pelan dan kejuruteraan persekitaran. |
interoceanic canal | terusan antara laut | Sains Marin | Tiada | Alur buatan yang terbuka bagi menghubungkan dua lautan (contohnya Terusan Panama yang menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik). Projek terbaharu yang bakal dilaksanakan ialah Terusan Nicaragua yang menghubungkan Laut Carribbean dengan Lautan Pasifik. Namun, pembinaan terusan tersebut masih dalam persoalan disebabkan oleh masalah kewangan dan masalah alam sekitar yang dikhuatiri oleh ahli sains kerana pembinaan terusan tersebut mengancam ekosistem Tasik Nicaragua yang juga merupakan kawasan tadahan air yang utama untuk Amerika Tengah. |
cost benefit analysis | analisis kos-faedah | Biologi | Ekologi | Penilaian kos suatu perusahaan berbanding dengan faedah atau keuntungan yang didapati daripada perusahaan berkenaan. Jika nisbah kos/faedah adalah kecil , ini bermakna perusahaan tersebut menguntungkan. Kadang kala nilai kos sukar untuk untuk diberi nilai kuantitatif, dan ini mungkin mengakibatkan ralat yang serius bagi analisis tersebut. Misalnya, dalam analisis tentang perusahaan perumahan dan kompleks peranginan di kawasan hutan pergunungan yang penting sebagai kawasan tadahan air, kos yang wujud akibat kerosakan ke atas keseimbangan edaran hidrologi, seperti kawalan hakisan tanah dan banjir yang disebabkan oleh projek tersebut sepatutnya dicampurkkan ke dalam jumlah kos perusahaan tersebut, tetapi tidak dicampurkan kerana nilainya tidak dapat ditentukan secara kuantitatif. |
catchment area | kawasan tadahan | Pertanian | Tiada | Kawasan tadahan: Keseluruhan kawasan permukaan yang membekali air larian kepada sesebuah sungai. Kawasan tadahan sesebuah sungai dihadkan oleh garisan legeh pada lembangan sungai tersebut. |
catchment area | kawasan tadahan | Sains | Hidrometeorologi | Kawasan penampungan air yang menyalurkan airnya ke sebahagian atau ke seluruh laluan air. |
catchment area | kawasan tadahan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kawasan yang mengumpul air larian permukaan untuk disalurkan ke sistem penyaliran seperti sungai, parit dan sebagainya. |
water catchment area | kawasan tadahan | Kejuruteraan | Tiada | Kawasan yang menerima air hujan dan mengalirkannya ke tasik, sungai, takungan dan lain-lain. |
storm water | air ribut | Kejuruteraan | Tiada | Air yang mengalir dalam kawasan tadahan selepas hujan lebat dan air itu akan mengalir ke parit, sungai dan tasik. |
rooftop rainwater harvesting | penuaian air hujan bumbungan | Alam Sekitar | Tiada | Kaedah mengumpulkan air hujan dari kawasan tadahan bumbung dan disimpan dalam takungan. Air hujan yang dituai dapat disimpan dalam takungan air bawah tanah dengan menggunakan teknik pengisian semula buatan untuk memenuhi keperluan isi rumah melalui penyimpanan di dalam tangki. |