mercury vapour lamp | lampu wap merkuri | Teknik | Elektrik | Lampu nyahcas yang menggunakan merkuri di dalam tiubnya. Merkuri ini akan menjadi wap ketika lampu dihidupkan. Lampu jenis ini boleh mengeluarkan cahaya berwarna hijau kebiruan. Misalnya, lampu jalan, lampu limpah, dan lampu projektor. |
lost time | masa terbuang | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Masa yang terbuang di permulaan dan akhir fasa ambar dan hijau lampu isyarat. |
Plident method | kaedah Plident | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kaedah memberi laluan kepada beberapa platun kenderaan melintasi garisan berhenti tanpa menghalang laluan utama, dengan dipanjangkan tempoh warna hijau lampu isyarat. |
saturation flow | aliran tepu | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Bilangan maksimum aliran trafik yang boleh melalui persimpangan lampu isyarat semasa lampu berwarna hijau. |
green disc | tanda hijau | Sukan | Lumba Basikal | Lampu merah dan hijau yang dipasang di tempat permulaan dalam acara balapan, bagi acara kejar-mengejar berpasukan dan perseorangan, untuk menentukan kilometer pertama dan kilometer terakhir. Merah dipasang di hadapan laluan anjung penonton,dan hijau dipasang di laluan yang bertentangan dengan anjung penonton. Sinonim: red disc |
green period | kala hijau | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Tempoh masa warna hijau dalam suatu reka bentuk lampu isyarat. |
green waves | gelombang hijau | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Sistem kawalan lampu isyarat selaras yang memberi laluan dengan menunjukkan warna hijau kepada kenderaan yang menghampiri setiap persimpangan berlampu isyarat. |
maximum green time | masa hijau maksimum | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Tempoh maksimum warna hijau yang diperlukan dalam reka bentuk lampu isyarat. |
navigation lights | lampu pandu arah | Aeroangkasa | Tiada | Lampu yang perlu dinyalakan pada pesawat udara, lazimnya pada waktu malam. Contohnya di sayap kanan warna hijau, di sayap kiri warna merah dan di ekor warna putih. |
mercury-vapour lamp | lampu wap raksa | Fizik | Optik | Lampu yang mempunyai raksa di dalam tiub atau bebuli yang telah dirakamkan. Ia menghasilkan cahaya hijau kebiruan yang terdiri daripada sinaran ultralembayung. |