cede | sid | Ekonomi | Ekonomi Islam | Tindakan untuk memindahkan sebahagian atau semua risiko oleh syarikat pengendali takaful kepada syarikat takaful semula. Pengendali takaful yang memindahkan risiko itu dinamakan syarikat mengesid. Syarikat mengesid berbuat demikian untuk mengurang atau berkongsi tanggungan risiko. |
bridging cross | kacukan titian | Biologi | Genetik | Pengawanan yang dibuat untuk memindahkan gen antara dua spesies terpencil yang tidak dapat mengawan antara satu dengan lain dengan cara terlebih dahulu memindahkan mereka kepada satu spesies perantaraan yang boleh membiak dengan kedua-dua spesies itu. |
call instruction | suruhan panggil | Teknologi Maklumat | Perisian | Suruhan yang digunakan dalam bahasa pengaturcaraan bagi memindahkan kawalan dari atur cara utama ke atur cara lain sama ada untuk memindahkan nilai dalam argumen ataupun untuk mendapatkan nilai yang baharu melalui argumen atau fungsi. Kebiasaannya, terdapat tiga jenis pendekatan yang digunakan, iaitu panggil dengan nama, panggil dengan rujukan dan panggil dengan nilai. |
screw | skru | Mekanik | Gunaan | Anggota yang terbentuk daripada batang yang berulir dan berkepala, dan digunakan untuk mengikat anggota-anggota struktur dan untuk memindahkan tenaga atau gerakan. Skru yang memindahkan tenaga dan gerakan digunakan pada mekanisme seperti bicu untuk mengangkat beban; skru jenis ini dianalisis dalam ilmu statik. Analisis berkenaan melibatkan prinsip geseran kerana, dari segi analisis mekanik, skru berkenaan boleh dikendalikan sama seperti bongkah yang menggelangsar pada satah sendeng. Analisis skru itu dilakukan dengan merujuk sistem kiasan ‘bongkah di atas satah sendeng’ yang berpadanan. Tujuan analisis skru biasanya adalah untuk menentukan momen yang perlu dikenakan pada skru itu untuk mengangkat beban paksi. |
transferase | transferase | Herba | Fitokimia | Kumpulan enzim yang memangkinkan pemindahan gugus daripada suatu kedudukan substrat kepada kedudukan lain. Contohnya, enzim heksokinase yang memindahkan kumpulan fosfat daripada molekul ATP kepada substrat glukosa. Contoh lain ialah aspartat transaminase yang memindahkan kumpulan amino daripada L-aspartat kepada 2-oksoglutarat untuk menghasilkan glutamat dan 2-oksosuksinat. |
blotting technique | teknik serap | Sains Forensik | Tiada | Teknik yang digunakan untuk memindahkan fragmen RNA, DNA atau protein yang terpisah secara elektroforesis dalam gel pemisah kepada membran seperti nitroselulosa untuk analisis lanjutan. Teknik ini dilakukan dengan meletakkan membran nitroselulosa di atas gel elektroforesis yang disokong oleh satu lapisan span yang berada dalam larutan alkali. Seterusnya, tuala kertas diletakkan di atas membran nitroselulosa tersebut yang akan menyerap larutan dalam gel merentasi membran dan memindahkan molekul RNA, DNA atau protein ke permukaan membran tersebut. Apabila teknik ini digunakan dalam pemindahan DNA, ia dikenali sebagai serap Southern. Lihat juga serap Southern. |
blade | bilah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Komponen berpermukaan rata atau melengkung yang dipasang di sekeliling hab untuk membentuk sebuah pendesak yang dipaksa bergerak atau berputar pada satu paksi tetap. Komponen ini berfungsi memindahkan tenaga kinetik daripada aci kepada aliran bendalir di dalam pam dan memindahkan tenaga kinetik aliran kepada aci di dalam turbin. |
dumbwaiter | lif barang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Kotak kecil yang direka khas sebagai pengangkut yang digunakan untuk mengangkat atau memindahkan barangan dan makanan atau komponen kecil dalam hotel atau restoran dari tingkat bawah ke tingkat atas atau sebaliknya. Alat ini biasanya dipacu oleh motor elektrik dengan pemberat pengimbang. Alat ini boleh juga dikendalikan dengan sistem takal dan tali. Lif barang juga digunakan untuk memindahkan buku di perpustakaan. |
cede | sid | insurans | Tiada | Memindahkan semua atau sebahagian daripada insurans atau reinsurans yang diterima oleh syarikat mengesid kepada reinsurer. |
extract | ekstrak | Perhutanan | Tiada | Proses memindahkan balak dari tapak tebangan ke tempat melonggok tanpa melalui jalan hutan. pengekstrakan. |