gahu | gahu | Muzik | Tiada | Sejenis tarian masyarakat Anlo Ewe dari Ghana yang diadaptasikan daripada tarian masyarakat Yoruba dari Nigeria. Penari menari secara bulatan diiringi pelbagai jenis dram. Gahu juga merupakan sejenis gaya permainan dram yang popular dalam kalangan masyarakat Anlo Ewe. Alat penting termasuklah dram, iaitu agboba dan adodo, loceng, iaitu gankogui, dan rattle, iaitu axatse. |
simple majority voting system | sistem pengundian lebih suara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pengundian yang hanya memerlukan majoriti kecil untuk menentukan kemenangan. Dalam sistem ini, calon yang mendapat majoriti walaupun lebih satu undi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Majoriti di sini bermaksud calon tidak semestinya perlu mendapat lebih daripada 50 peratus undi, tetapi undi terbanyak dalam maksud ini melebihi undi yang diperoleh oleh calon-calon lain. Sistem ini pada umumnya diamalkan di negara tanah jajahan British seperti Fiji, India, Malaysia, Nigeria dan Singapura. Dalam sistem ini, negara dibahagikan kepada kawasan pilihan raya dan setiap kawasan akan memilih seorang wakil. Kawasan pilihan raya itu dikenali sebagai ridings di Kanada, district di Amerika Syarikat dan constituencies di Great Britain. |
territorial principality | wilayah raja | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan yang dikuasai oleh raja atau kerabat diraja. Wilayah seperti ini terdapat dalam masyarakat yang masih memiliki unsur feudal yang kuat dan meletakkan kedudukan raja berkuasa ke atas tanah yang ada dalam negara tersebut. Wilayah raja ini boleh berada berdekatan dengan istana atau terpencil jauh dari pusat pentadbiran serta terbiar. Orang ramai tidak dibenarkan memiliki tanah tersebut tetapi dibenarkan mengusahakannya dengan membayar cukai kepada raja atau menyewa tanah tersebut. Wilayah ini sering menimbulkan konflik di kalangan kerabat diraja akibat perebutan wilayah yang melibatkan tuntutan pusaka dan pengutipan cukai. Contohnya, wilayah raja masih terdapat di negara Indonesia, India dan Nigeria. |
postcolonial criticism | kritikan pascakolonial | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang mengkaji kesan penjajahan terhadap sejarah, politik, sistem nilai dan kebudayaan masyarakat yang pernah dijajah. Kritikan ini mengkaji kesan berteraskan aliran pascakolonialisme. Selain mengkaji kesan penjajahan, kritikan pascakolonial juga menawarkan perspektif dan kaedah analisis alternatif kepada wacana perdana penjajah berdasarkan sudut pandangan yang dijajah. Wacana penjajah biasanya mengagungkan peradaban Barat dan merendahkan tamadun lain, khususnya Timur. Proses wacana penjajah ini dikenali sebagai representasi yang tidak seimbang. Kritikan pascakolonial menawarkan wacana balikan yang mendedahkan struktur kuasa yang memungkinkan dan mengabsahkan dakwaan dalam wacana kolonial tersebut seperti yang dihuraikan oleh Edward Said dalam bukunya berjudul Orientalism (1978). Seterusnya, kritikan pascakolonial mengkaji struktur kuasa pemerintah selepas era penjajahan seperti dalam esei penulis dan pengkritik Nigeria, Chinua Achebe. Lihat juga orientalisme. |