shariah compliance instrument | instrumen patuh syariah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Instrumen pasaran modal yang menepati kehendak syariah. Di Malaysia, instrumen ini harus diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti. Dana yang dijana daripada instrumen ini digunakan untuk aktiviti yang selaras dengan syariah. Contohnya, waran panggilan, kontrak niaga hadapan minyak kelapa sawit mentah, hak langgan boleh pindah dan pensekuritian aset Islam. |
shariah committee | jawatankuasa syariah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar dalam bidang syariah, perbankan dan perundangan serta dilantik oleh sebuah institusi kewangan Islam. Jawatankuasa ini berperanan untuk mengkaji dan meluluskan produk kewangan Islam yang baru. Di samping itu, jawatankuasa ini juga berperanan memantau operasi institusi kewangan Islam bagi memastikan kepatuhan terhadap peraturan syariah, dan garis pan |
Kuala Lumpur Shariah Index (KLSI) | Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI) | Ekonomi | Ekonomi Islam | Nombor yang dijana daripada harga saham dan nilai modal berbayar syarikat patuh syariah. Indeks ini digunakan sebagai ukur rujuk bagi mengukur prestasi sekuriti patuh syariah. KLSI telah dilancarkan pada tahun 1997 sebagai memenuhi permintaan pelabur tempatan dan asing yang ingin melabur dalam sekuriti patuh syariah. Para pelabur menggunakan indeks ini sebagai panduan untuk membuat keputusan sama ada melabur atau sebaliknya. Contohnya, sekiranya harga saham sebuah syarikat dijangka akan lebih tinggi daripada KLSI, maka pelabur cenderung untuk melabur dalam syarikat tersebut. |