Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (utk perkuburan, mendirikan masjid, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tanah yg didermakan utk kegunaan umum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (spt utk perkuburan, utk mendirikan masjid). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : tanah yg didermakan utk kegunaan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
‘aqd tahkirakad tahkirPerniagaan IslamTiadaAkad pihak pentadbir harta wakaf dengan pihak pemaju untuk mendapat faedah atau pulangan sewaan daripada tanah wakaf dengan usaha pembangunan atau pertanian.
combined waqfwakaf musytarakEkonomiEkonomi IslamWakaf apabila manfaatnya dibahagi kepada dua bahagian, iaitu wakaf khairi dan wakaf zurri. Contohnya, wakaf tanah pertanian yang sebahagian daripada hasilnya ditujukan untuk anak cucu sementara sebahagian lagi untuk tujuan umum. Sinonim wakaf bercampur.
charitable waqfwakaf khairiEkonomiEkonomi IslamWakaf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan. Wakaf ini terbahagi kepada dua, iaitu wakaf khas dan wakaf am. Wakaf khas ialah wakaf yang manfaatnya telah dikhususkan oleh wakif untuk kegunaan tertentu seperti tanah perkuburan, masjid dan madrasah. Wakaf am pula ialah wakaf yang melibatkan penggunaan umum seperti sebarang aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam.
istibdal waqfistibdal wakafEkonomiEkonomi IslamTindakan atau amalan menggantikan harta wakaf tertentu dengan harta lain. Penggantian harta wakaf boleh dilakukan sama ada melalui tukaran, jualan atau belian mengikut tuntutan syarak. Tujuan istibdal adalah untuk mendapatkan harta yang lebih baik dengan mengekalkan tujuan asal wakaf tersebut supaya pahala daripadanya terus dinikmati oleh wakif berkenaan. Segala syarat wakaf yang telah dibuat oleh wakif terhadap harta asal akan terpakai terhadap harta baru ini. Kuasa untuk melakukan istibdal wakaf diberikan kepada nazir wakaf apabila didapati harta wakaf berkenaan tidak lagi boleh dimanfaatkan akibat pelbagai faktor. Contohnya, beberapa tanah wakaf yang bersaiz kecil dan terletak bertaburan pada banyak tempat biasanya tidak boleh menghasilkan manfaat yang sewajarnya. Dengan kuasa tertentu, nazir wakaf akan melakukan istibdal dengan cara menjual tanah berkenaan dan wang hasil jualan digunakan untuk membeli sebidang tanah yang lebih luas atau lebih strategik sehingga mampu memberi manfaat yang jauh lebih baik.
waqf wardingsighah wakafEkonomiEkonomi IslamPernyataan atau lafaz tawaran yang dinyatakan oleh wakif dan lafaz penerimaan oleh mauquf a''laih dalam akad wakaf. Walau bagaimanapun, akad wakaf sah tanpa lafaz penerimaan oleh mauquf a''laih. Kandungan sighah akan menentukan jenis wakaf dari segi tempoh, penggunaan dan penerima. Sighah ini boleh disampaikan dengan beberapa cara sama ada secara lisan, tulisan atau isyarat. Contoh lafaz tawaran "Saya wakafkan tanah ini selama-lamanya bagi mendirikan madrasah". Sinonim pernyataan wakaf.
milk tammpemilikan sempurnaPerniagaan IslamTiadaPemilikan sesuatu benda berserta faedahnya secara kekal. Pemilik mempunyai hak menggunakan dan menikmati benda secara mutlak dalam urusan yang diharuskan oleh syarak mengikut kemahuannya. Pemilik bebas melakukan urus niaga barang seperti jual beli, hibah, wakaf, wasiat serta gadaian, dan urus niaga faedah seperti sewaan, pinjaman dan penggunaan tanah untuk bercucuk tanam.

Kembali ke atas